"Sebutir peluru mampu membunuh seorang manusia, tetapi sebuah media mampu mempengaruhi beribu-ribu orang".
-Pemikir politik jalanan Ku Ash-
Sudah lebih sebulan kes tembak bunuh menghiasi dada-dada media setiap
hari sehingga majoriti rakyat makin runsing dan bimbang. Ketika celoteh
ini sedang ditulis, telingaku masih mendengar kes tembak terbaru di Paka,
Terengganu. Ahh..!!!! Tak habis-habis dengan tembak. Isu ini panas
disebabkan melibatkan nyawa manusia tetapi jika ia melibatkan nyawa
binatang sudah tentu tiada siapa ambil kisah.
Maka timbul
persoalan di benak fikiranku, adakah kes tembak ini mula berlaku sejak
sebulan dua baru-baru ini seolah-olah kes ini tidak pernah berlaku
sebelum ini. Jenayah di malaysia bukan hanya melibatkan tembak tetapi
rogol, ragut, rompak dan sebagainya. Namun adakah kes ini tidak berlaku
disebalik kes tembak senjata api yg sedang memonopoli di serata akhbar?
Situasi yang berlaku sekarang menyebabkan saya teringat kepada
kata-kata 6 tahun lalu oleh seorang pensyarah media yg juga bekas guru
saya. Katanya "media memainkan peranan penting dalam membesarkan atau
mengecilkan suatu isu kerana kepentingan sesuatu atau untuk memberi
kesedaran kpd rakyat". Faham tak anda dgn kata-kata tersebut, jika belum
biar saya jelaskan disini.
Sebelum ini kita sering dihebohkan
dengan kes ragut, setiap hari pasti ada berita ragut sehingga
menyebabkan rakyat risau. Sebenarnya ini satu cara untuk menyedarkan
rakyat supaya berhati-hati membawa beg bimbit terutamanya perempuan.
Selain itu ia juga satu cara untuk melariskan jualan akhbar kerana jika
tiada isu panas sudah pasti hasil jualan menurun. Bila rakyat sudah
hadam dengan isu ragut maka media akan mencari pula isu baru untuk
dipanaskan. Tengok hari ini, isu ragut, rogol, rempit dan sebagainya
hanya laporan kecil shj malah ada yg tiada laporan seolah olah jenayah
itu tidak wujud lagi. Kalu la ia tidak wujud maka boleh kita andaikan di
malaysia ini ada persatuan penjenayah yg bermesyuarat setiap bulan
membincangkan apakah jenayah yg perlu dilakukan bulan ini. Jika ketua
mereka memutuskan supaya bulan ini kita tembak orang maka semua peragut,
perompak dan perogol akn mencari pistol krn bulan ini mereka harus
tembak orang. Kan kelakar ceritanya. Ini semua adalah sandiwara media
seperti yg diungkapkan pemikir jalanan, Ku Ash dan seorang guruku.
Berbalik kpd kes tembak, sebenarnya ia adalah bertujuan untuk mendesak
kerajaan supaya mengembalikan ordinan darurat (EO) yg dihapuskan DS
Najib pada 2011. EO sebelum ini kerap di salah gunakan oleh kerajaan
untuk menahan pemimpin pembangkang. Kes tembak digunakan sesetengah
pihak untuk menyerang pakatan rakyat yg menjadi punca kerana EO
dihapuskan atas desakan pakatan rakyat. Semua menuding jari.."ini salah
Anwar". Tetapi persoalannya siapakah yg berkuasa untuk mewujud dan
membatalkan EO? Tidakkah ia bidang kuasa PM yg kita semua cintai.
Sepatutnya hentikan tuding menuding, duduk semeja dan bincangkan
penyelesaiannya.
Rakyat dinasihatkan oleh kerajaan supaya tidak panik dgn apa
yg berlaku sekarang ini kerana kadar jenayah kebangsaan dari tahun
2009-2012 menurun sebanyak 29% dan untuk suku tahun 2013 kadar jenayah
turun sebanyak 6% menurut sumber putrajaya. Persoalannya adakah data yang dikemukan ini betul dan dapat melegakan orang ramai?
Alhamdulillah kerana kita masih diberi peluang untuk meneruskan
pengajian setelah bercuti panjang baik rakan yang berada diluar negara
mahupun didalam negara. Peluang yang masih ada ini harus dimanfaatkan
sebaiknya kerana bukan semua bernasib baik seperti kita. Ramai di luar
sana yang masih mengharapkan peluang keemasan seperti ini namun rezeki masih belum berpihak kepada mereka.
-A.gif) |
Gambar hiasan |
Semester sebelum ini, mungkin ada sahabat yang mendapat keputusan
peperiksaan yang tidak memuaskan tetapi janganlah jadikan ia sebagai
suatu yang melemahkan diri sendiri. Mulakan semester ini dengan niat dan
impian yang baru. Sebelum ini kita gagal, tetapi untuk kali ini
usahakan supaya lulus. Bagi yang lulus pula, usaha supaya mendapat
anugerah dekan (AD), yang AD pula, jadikan '4 flat' sebagai impian.
Walaupun kita merasakan agak sukar untuk memenuhi impian tersebut tetapi
semuanya tidak mustahil kerana mungkin hari ini kita gagal tetapi esok
belum tentu. Kita hanyalah merancang dan sebaik-baik perancang adalah
Allah SWT.
Jikalau ada sahabat yang gagal sehingga terpaksa
'extend' atau 'dismiss', anda sebenarnya tidak perlu kecewa. Walaupun
anda terpaksa 'extend' satu semester contonhya, sila teruskan pengajian
sehinggalah tamat pengajian. Menuntut ilmu ini ibarat larian marathon
tetapi tiada pemenang. Semua diantara kita menuju ke garisan penamat
yang sama. Kudrat dan pemikiran kita tidak sama antara satu sama lain.
Ada yang pikap dan ada yang perlahan namun matlamat kita ialah wajib
sampai ke garisan penamat walaupun mengambil masa yang lama. Tiada
istilah 'tua' atau 'muda' dalm menuntut ilmu.
Kepada yang
dismiss, anda harus faham sebenarnya ilmu ini bukan sahaja di
universiti, tetapi ditepi-tepi jalan pun banyak ilmu yang boleh dikutip.
Ramai yang berjaya walaupun tanpa ke universiti. Ilmu di universiti
pada asalnya, ilmu yang berada di merata-rata tempat termasuk ditepi
jalan maka untuk memudahkan rujukan, ilmu ini dikumpul dan dibukukan
serta diletakkan disuatu tempat iaitu universiti.
Di samping
itu kepada yang mahu berpolitik, berNGO, berpesatuan, berdakwah,
berkahwin, berceloteh, bekerja dan apa-apa yang ber..... sila teruskan
apa yang anda minati seperti yang saya sebutkan diatas asalkan anda
pandai membahagi masa antara belajar dengan perkara-perkara tersebut.
Sebelum ini pasti anda pernah mendengar nasihat 'tak perlu lah nak aktif
dalam itu ini, janganlah asyik nak berpolitik, janganlah kahwin lagi,
belajar dulu biar habis'. Sejujurnya bagi saya nasihat itu adalah karut,
mereka ini beranggapan kebanyakan pelajar akan gagal bila sibuk dengan
pelbagai aktiviti. Sebenarnya itu bukan faktor kegagalan kerana ramai
juga yang berjaya walaupun sibuk tetapi ramai juga yang gagal walaupun
lapang. Persoalannya ialah samada anda belajar atau tidak. Ketuk kepala
lutut tanya diri sendiri.
Kepada rakan-rakan yang masih berada
diluar negara, inilah peluang untuk anda bukan sahaja menuntut ilmu
akademik tetapi juga melihat sistem sosial, ekonomi, politik dan
sebagainya untuk di cedok dan dibawa pulang ke negara kita. Tidak
mustahil suatu hari nanti anda ditakdirkan untuk mengantikan Dato Seri
Najib atau menjadi isteri kepada Perdana Menteri khusus untuk sahabat
wanita dan ketika inilah masanya untuk memperaktikan apa yang anda lihat
demi kebaikan rakyat. Walaupun anda belajar di negara bukan Islam
sekalipun seperti Jepun tetapi jika dasar itu baik untuk negara tiada
masalah untuk kita menirunya. Malah Saidina Umar Al-Khattab melaksanakan
sistem kementerian yang ditiru daripada Rom dan Parsi.
Dunia
pada hari ini seolah-olah seperti milik orang muda. Hampir semua
kebangkitan rakyat baik dari aspek sosial, politik dan ekonomi
dicetuskan oleh orang muda. Orang tua hanya sebagai penunggu yang
menantikan idea-idea orang muda. Di waktu inilah anda sebagai mahasiswa
atau mahasiswi seharusnya menggunakan 'platform' yang ada samada di
dalam atau di luar kampus untuk turut serta merasai perubahan dan pada
masa sama mengetengahkan idea-idea yang ada. Janganlah tunggu sehingga
tua baru mahu mencelik mata, kerana ia merugikan ditambah pula dengan
kudrat yang lemah.
Akhir kalam ini, oleh kerana sahabat semua
adalah generasi muda dan yang akan mencebur diri dalam bidang pekerjaan,
masyarakat dan sebagainya, jika saudara saudari menjadi doktor, jadilah
doktor yang berintegriti dan amanah, begitu juga jurutera, akauntan,
tukang masak, pensyarah, ahli politik, tukang kebun dan sebagainya.
Jadikanlah pekerjaan itu sebagai ibadah semoga mendapat keberkatan. Pada
masa sama letakkanlah Islam sebagai asas utama kerana inilah panduan
segala-galanya. Islam diturunkan untuk semua kaum bukan sahaja Melayu
tetapi Cina, India, dan kaum-kaum yang lain.
Wassalam