Adakah
Malaysia menuju kearah sistem 'Bubble economy' yang akan merosakkan
negara? Mampukah anda membeli rumah dengan harga pasaran hari
ini?
Bagi pasangan muda yang baru berkahwin, impian untuk memiliki rumah sendiri pasti ada disamping keperluan asas yang lain. Bukan manusia sahaja malah haiwan ternakan ayam, kambing dan kucing juga memerlukan tempat tinggal yang selesa. Harga rumah hari ini semakin hari semakin mahal terutamanya dibandar besar seperti Shah Alam dan Kuala Lumpur.

murah dan menjimatkan, tak perlu tanah, |
Ini pasti membebankan kepada golongan muda yang
ingin memulakan hidup baru serta golongan berpendapatan rendah.
Contohnya rumah semi-D di Puncak Alam mencecah hampir RM800k, dan rumah
teres dua tingkat di Shah Alam yang saya duduki sekarang mencecah RM400k
hingga RM500k.
Antara faktor yang menyebabkan peningkatan harga rumah ialah spekulasi harga hartanah melambung naik dan permintaan yang tinggi. Jikalau kita perhatikan dimana mana sahaja pasti ada projek perumahan yang sedang dilaksanakan. Persoalan yang bermain di kepala kita sekarang ini ialah siapakah pembelinya dan apakah yang akan dilakukan oleh pembeli itu terhadap rumah tersebut?
Oleh kerana spekulasi yang bermain difikiran rakyat ialah harga hartanah sentiasa meningkat maka kebanyakan rumah yang dibina oleh pemaju pasti hanya dibeli oleh golongan yang berkemampuan. Mereka akan memonopoli walaupun sudah mempunyai rumah. Yang tidak berkemampuan pasti akan menjadi penyewa. Oleh itu mereka yang berkemampuan ini akan berhutang dengan bank untuk melabur membeli rumah.

Bukan suatu perkara ganjil, seorang
nama mempunyai tiga hingga lima buah rumah. Adakah rumah yang dibeli itu
untuk mereka tinggal. Jawabnya tidak, kerana teori ekonomi orang
Malaysia hari ini yang sempat saya tanya ialah mereka akan menyewakan
rumah itu kepada penyewa. Duit sewa itu akan digunakan untuk membayar
pinjaman bank rumah tersebut. Sistem ini tidak ubah seperti 'triangle
system' dimana orang atas makan orang bawah. Situasi sama juga
berlaku terhadap rumah kedai. Semuanya mahukan keuntungan dan cara
perniagaan yang mudah. Namun, pemaju juga pada masa sama giat membina
rumah-rumah baru.
Walaubagaimanapun akan tibanya waktu dimana si penyewa yang selama ini tidak pernah mempunyai rumah akan berusaha untuk membeli
rumah sendiri, dan kesannya penyewa akan berkurangan dan ini akan
mewujudkan situasi 'rumah kosong'. Tuan empunya rumah yang selama ini
bergantung kepada hasil sewa rumah pasti tidak mampu untuk membayar
hutang bank. Apabila rakyat gagal membayar hutang maka sistem perbankan
akan runtuh dan ekonomi negara akan merudum.
Keadaan ini dipanggil sebagai 'bubble economy atau ekonomi buih' dimana sektor hartanah pada awalnya naik mendadak sehinggakan menarik minat rakyat untuk melabur dan membeli tetapi akhirnya menjunam jatuh.
Jepun pernah mengalami 'bubble economy' pada tahun 1986-1991. Kepada sahabat yang masih ada di Jepun, anda boleh mengkaji secara mendalam kenapa dan bagaimana ia berlaku disamping anda menuntut ilmu di sana.
Secara ringkas boleh saya ceritakan berdasarkan ilmu pembacaan. Pada tahun 1980-an Jepun adalah negara pengeskpot yang paling berjaya di dunia dan dengan itu, sistem kewangan negara tersebut telah menerima dana dalam jumlah yang sangat besar dari luar. Dana yang masuk ke negara berkenaan terus mengalir masuk ke dalam sistem perbankan kewangan Jepun dan ini menggalakkan sektor perbankannya memberi pinjaman yang sangat besar kepada individu dan syarikat-syarikat di Jepun.

Akibatnya, Jepun
mengalami pertambahan mendadak di dalam aktiviti-aktiviti spekulasi
terutamanya dalam pasaran hartanah dan saham.Harga aset melambung tinggi
dan jumlah hutang dikalangan individu dan organisasi perniagaan juga
turut meningkat berkali ganda. Ini kerana bank-bank Jepun teleh memberi
pinjaman sebanyak 353 trillion yen kepada syarikat-syarikat Jepun dalam
sektor-sektor pembinaan, peruncitan, hartanah, dan perkhidmatan
kewangan.
Keadaan ini seterusnya telah menghasilkan satu ‘bubble’ atau belon kewangan yang besar. Keadaan sebegini tidak dapat dikekalkan dan apabila pasaran menyedari bahawa harga yang tinggi itu sebenarnya hanya cerminan aktiviti spekulasi dan bukannya permintaan sebenar maka harga hartanah dan saham telah jatuh menjunam. Ini menyebabkan ramai penghutang tidak dapat membayar hutang mereka sehingga banyak syarikat dan individu-individu diisytiharkan menjadi muflis. Keadaan ini akhirnya telah menyebabkan ekonomi Jepun mengalami proses pengecutan
Sepenyol yang merupkan negara maju dengan pendapatan perkapita USD32,900 juga sedang mengalami krisis yang sama pada hari ini. Ia terlibat dengan hutang luar yang banyak kerana berlaku spekulasi dalam pertumbuhan sector hartanah. Akibatnya harga hartanah melambung tinggi dan rakyatnya berhutang untuk melabur dalam sektor tersebut. Apabila rakyat gagal membayar hutang maka sektor perbankannya runtuh menyebabkan kerajaan Sepanyol terpaksa berhutang untuk menghidupkan kembali bank-banknya yang bankrap.
Walaupun negara kita belum lagi mengalami ‘bubble economy’ pada waktu ini namun tanda-tanda negara kita menuju kearah itu sudah kelihatan. Keadaan dimana nilai Ringgit semakin susut yang menyebabkan barangan Import menjadi semakin mahal dan barangan eksport semakin murah.

Pelaksanaan
GST (Good Service Tax) merupakan antara cara untuk kerajaan mengambil
balik wang rakyat untuk menjana kembali ekonomi kerana hutang negara
pada hari ini sudah mencecah 51% iaitu pada paras yang agak
membimbangkan. Sudah tibanya kerajaan perlu melaksanakan langkah bagi
membendung masalah ini seperti menghadkan pembelian rumah kerana yang
akan menanggung derita pada jangka masa yang panjang ialah Rakyat. Mungkin suatu hari nanti kita akan melihat ada penduduk yang membina rumah atas pokok kerana harga tanah yang melambung tinggi.