Pages

Friday 13 September 2013

Peranan Media Dalam Isu Tembak Senjata Api

"Sebutir peluru mampu membunuh seorang manusia, tetapi sebuah media mampu mempengaruhi beribu-ribu orang".
-Pemikir politik jalanan Ku Ash-

Sudah lebih sebulan kes tembak bunuh menghiasi dada-dada media setiap hari sehingga majoriti rakyat makin runsing dan bimbang. Ketika celoteh ini sedang ditulis, telingaku masih mendengar kes tembak terbaru di Paka, Terengganu. Ahh..!!!! Tak habis-habis dengan tembak. Isu ini panas disebabkan melibatkan nyawa manusia tetapi jika ia melibatkan nyawa binatang sudah tentu tiada siapa ambil kisah.

Maka timbul persoalan di benak fikiranku, adakah kes tembak ini mula berlaku sejak sebulan dua baru-baru ini seolah-olah kes ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Jenayah di malaysia bukan hanya melibatkan tembak tetapi rogol, ragut, rompak dan sebagainya. Namun adakah kes ini tidak berlaku disebalik kes tembak senjata api yg sedang memonopoli di serata akhbar?

Situasi yang berlaku sekarang menyebabkan saya teringat kepada kata-kata 6 tahun lalu oleh seorang pensyarah media yg juga bekas guru saya. Katanya "media memainkan peranan penting dalam membesarkan atau mengecilkan suatu isu kerana kepentingan sesuatu atau untuk memberi kesedaran kpd rakyat". Faham tak anda dgn kata-kata tersebut, jika belum biar saya jelaskan disini.

Sebelum ini kita sering dihebohkan dengan kes ragut, setiap hari pasti ada berita ragut sehingga menyebabkan rakyat risau. Sebenarnya ini satu cara untuk menyedarkan rakyat supaya berhati-hati membawa beg bimbit terutamanya perempuan. Selain itu ia juga satu cara untuk melariskan jualan akhbar kerana jika tiada isu panas sudah pasti hasil jualan menurun. Bila rakyat sudah hadam dengan isu ragut maka media akan mencari pula isu baru untuk dipanaskan. Tengok hari ini, isu ragut, rogol, rempit dan sebagainya hanya laporan kecil shj malah ada yg tiada laporan seolah olah jenayah itu tidak wujud lagi. Kalu la ia tidak wujud maka boleh kita andaikan di malaysia ini ada persatuan penjenayah yg bermesyuarat setiap bulan membincangkan apakah jenayah yg perlu dilakukan bulan ini. Jika ketua mereka memutuskan supaya bulan ini kita tembak orang maka semua peragut, perompak dan perogol akn mencari pistol krn bulan ini mereka harus tembak orang. Kan kelakar ceritanya. Ini semua adalah sandiwara media seperti yg diungkapkan pemikir jalanan, Ku Ash dan seorang guruku.

Berbalik kpd kes tembak, sebenarnya ia adalah bertujuan untuk mendesak kerajaan supaya mengembalikan ordinan darurat (EO) yg dihapuskan DS Najib pada 2011. EO sebelum ini kerap di salah gunakan oleh kerajaan untuk menahan pemimpin pembangkang. Kes tembak digunakan sesetengah pihak untuk menyerang pakatan rakyat yg menjadi punca kerana EO dihapuskan atas desakan pakatan rakyat. Semua menuding jari.."ini salah Anwar". Tetapi persoalannya siapakah yg berkuasa untuk mewujud dan membatalkan EO? Tidakkah ia bidang kuasa PM yg kita semua cintai. Sepatutnya hentikan tuding menuding, duduk semeja dan bincangkan penyelesaiannya.

Rakyat dinasihatkan oleh kerajaan supaya tidak panik dgn apa yg berlaku sekarang ini kerana kadar jenayah kebangsaan dari tahun 2009-2012 menurun sebanyak 29% dan untuk suku tahun 2013 kadar jenayah turun sebanyak 6% menurut sumber putrajaya. Persoalannya adakah data yang dikemukan ini betul dan dapat melegakan orang ramai?

No comments:

Post a Comment