2 PERBAHASAN YANG AGAK BEST
Ketika Muktamar Dewan Pemuda Pas yang semakin hangat berlangsung, ada dua perbahasan yang menarik minat untuk direnung-renungkan.
Yang pertama ialah perbahasan oleh wakil dari Melaka, Azizan Lim yang menegur sikap strategi Pas pada PRU13 yang lalu. Katanya "di laman sosial, ahli Pas terlalu leka bermain dengan simbol, bendera
dan sebagainya, malah Ia berlaku di peringkat cawangan, tapi bila kita minta senarai rumah yang atas pagar untuk kita pergi, gagal nak bagi,".
Tambahnya, "kalau kita rajin pasang bendera pukul 2 pagi, 3 pagi tapi
bila nak turun padang esok, sorang pun tak boleh bangun untuk ke
rumah-rumah, cari orang-orang daif untuk kita jumpa." Beliau juga memuji usaha DAP yang berusaha gigih dan mempunyai strategi yang berkesan. Beliau menyatakan bahawa DAP mempunyai satu sikap sunatullah yang lebih berbanding Pas.
Apa yang diungkapkan oleh beliau memang hakikatnya berlaku bukan sahaja di Melaka malah di Selangor, Terenggganu dan tidak mustahil diseluruh Malaysia. Tidak dinafikan ada juga petugas cawangan yang berjaya melakukan tugas kempen dengan jayanya sehingga mampu meningkatkan jumlah undi.
Jikalau diperhatikan secara kasar, kita boleh mendapati banyak markas yang didirikan hanya untuk tempat melepak, makan dan bersembang. Mereka ini seolah-olah melihat pilihanraya ibarat peperangan bersenjata dimana markas adalah tempat berkubu sedangkan pilihanraya adalah perang sikologi untuk mendapatkan undi rakyat. Maka petugas pilihanraya perlu memainkan peranan dalam mendekati masyarakat bukan hanya sibuk memasang bendera, membina replika, tidur di markas atau sebagainya. Mereka sepatutnya mempunyai strategi khusus bagi memikat hati rakyat.
Satu lagi masalah ialah, kebanyakan petugas parti mengharapkan isu-isu semasa atau nasional yang dimainkan oleh wakil parti samada diperingkat pusat atau negeri untuk mempengaruhi pemikiran rakyat tetapi persoalannya bagaimana pula isu setempat 'local issues' yang melingkari masalah penduduk di kawasan berkenaaan. Pemimpin dan petugas cawangan sepatutnya memainkan peranan dalam mengetengahkan isu-isu setempat kerana sesetengah penduduk amat terkesan dengan isu setempat berbanding isu nasional terutamanya dikawasan pedalaman dan kampung-kampung.
Tidak dinafikan berlaku juga di sesetengah cawangan yang dipimpin oleh ketua yang tidak berkaliber untuk menjana strategi dan memikat hati rakyat. Batang tubuh beliau pun tidak mampu untuk menarik undi kerana tidak mesra penduduk apatah lagi untuk mengemuka strategi yang bernas. Mereka yang berperwatakan sedimikian harus diundurkan dan dipencenkan sahaja demi kebaikan bersama kerana ramai lagi yang berkaliber untuk memimpin parti diperingkat cawangan.
Perbahasan kedua yang menarik juga ialah dari perwakilan PAS Pulau Pinang Mohd, Raduan Ramli. Semasa perbahasan ucapan
Ketua Pemuda PAS semalam, Beliau terus “membelasah” rakan PR DAP dan mendakwa
mereka sekadar menumpang dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim
Guan Eng.
Melihat situasi ini saya bersetuju dengan kenyataan Saudara Amin Iskandar, kolumunis TheMalaysianInsider bahawa PAS perlu membuat keputusan sama ada mereka mahu bersama-sama Pakatan
Rakyat (PR) menawan Putrajaya atau terus “menangis seperti bayi” dan
menjadi “penumpang” dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang
sudah memerintah Malaysia sejak negara mula merdeka.
Sepatutnya Pas perlu memikirkan usaha untuk memenangi sokongan golongan muda Malaysia dalam pilihan raya umum
akan datang, seperti kata bekas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan semasa
ucapannya dua hari lalu. Pemuda Pas tidak boleh lagi hanya mengungkitkan perkara yang remeh temeh kerana jikalau terus diungkitkan, mungkin DAP juga boleh mengungkitkan.
Contoh yang jelas ialah di Kedah ketika di bawah pemerintahan PR dimana PAS merupakan suara majoriti dan DAP ketika itu hanya memenangi satu kerusi. Persoalannya apakah peranan DAP yang diberikan oleh kerajaan Negeri ketika itu?
Pas seharusnya melihat dan mengukur di badan sendiri sebelum mengungkitkan sesuatu perkara, masih ingatkah kita di Perak pada PRU12, walaupun PAS hanyalah suara minoriti tetapi diberi kepercayaan untuk menerajui Kerusi Menteri Besar. Malah ketika ini, di DUN Perak, DS Nizar masih diberi kepercayaan untuk menerajui Ketua Pembangkang walaupun kerusi majoriti dikuasai DAP.
Isu-isu yang berbangkit ini perlu diselesaikan secara rundingan baik bukan membuat sidang media di arus perdana yang sentiasa menunggu bola tanggung untuk meretakkan hubungan baik dikalangan Parti kompenan Pakatan Rakyat. Setiap tanggungjwab yang diberikan harus dilaksanakan dahulu sebaik-baiknya bukan terus merungut kerana peranan yang diberikan adalah kecil. Seeolok-eloknya tunjukkanlah bahawa tanggunjawab yang diamanahkan itu mampu digalas dengan baik dan moga-moga akan mendapat kepercayaan rakyat terutamanya yang tidak berparti 'non partisan' untuk menerajui negara bagi mengantikan UMNO BARISAN NASIONAL yang sudah melebihi usia 12 Tahun dimana waktu yang sudah tidak selamat untuk rakyat Malaysia.