Pages

Sunday 16 March 2014

Misteri Kehilangan MH370

Kehilangan MH370 sudah masuk hari ke-9 dan kehilangannya terus menjadi misteri kepada semua pihak termasuk Raja Bomoh Nujum VIP 1 Malaysia. Hari ini terdapat pihak yang mengatakan kehilangan MH370 ada kaitan dengan Anwar Ibrahim, saya melihat ini satu tuduhan jahat kerana tiada asas atau teori kukuh yang dikemukakan. Malah jikalau dikaitakan dengan Najib Razak pun dikira tidak wajar melainkan adanya bukti-bukti serta teori kukuh. Daripada kita menuduh antara satu sama lain baik kita menimbulkan persoalan bagaimana Radar Tentera boleh mengesan MH370 menukar laluan dan kod Tango (rampasan pesawat) diaktifkan tetapi tiada tindakan diambil untuk memintas pesawat MH370. Saya tertarik persoalan yang ditimbulkan oleh Page Mejar Zaidi seorang juruterbang TUDM, kataya:

".....namun ramai tertanya2 kenapa TUDM tidak memintas pesawat MH370 pada hari kejadian. Malah yg lebih pelik lagi ialah kerana MH370 disahkan (oleh PM sendiri) telah dikesan radar tentera (TUDM) berpatah balik dari sempadan Malaysia-Vietnam, terbang melintasi tanah besar Semenanjung Malaysia dan keluar di sempadan Malaysia-thailand atau Malaysia-Indonesia di utara Selat Melaka, jadi masa MH370 berada di ruang udara Malaysia adalah lama, walaupun masa yg diambil tidak diberi tapi saya jangkakan melebihi 1 jam 30 minit. Jadi jika masa yg ada adalah banyak kenapa jet pejuang TUDM tidak di "scramble" kan untuk memintas MH370 sedangkan laluan MH370 adalah berdekatan dengan dua pangkalan udara TUDM yang utama iaitu TUDM Gong Kedak (Sukhoi SU-30) dan TUDM Butterworth (F/A-18D dan Hawk)? Jawapan kepada persoalan ini sebahagiannya terletak kepada jawapan Panglima TUDM apabila diajukan soalan ini oleh wartawan bahawa TUDM hanya akan menggerakkan pesawat pemintasnya terhadap sasaran yang "hostile" (menunjukkan ciri-ciri permusuhan) dan dalam keadaan ini MH370 tidak dikategorikan sebagai "hostile" (walaupun telah mematikan transponder, gagal berkomunikasi dengan menara kawalan dan keluar dari landasan perjalanan sepatutnya dan menuju balik ke tanah besar semenanjung)."
-suraupanjang-