Pages

Saturday 30 November 2013

Sekadar Renungan

Saya tertarik dengan kisah tokoh besar ilmu kalam iaitu al-Imam Abul Hasan al-Ash'ari (meninggal tahun 330H) yang dinobatkan sebagai benteng Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam menghadapi serangan falsafah. Kata al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) meriwayatkan daripada Zahir bin Ahmad al-Sarakhsi kisah akhir hayat al-Imam Abul Hasan al-Asy'ari: "Apabila ajal menghampiri Abul Hasan al-‘Asy'ari di rumahku di Baghdad, beliau memanggilku. Aku pun datang. Beliau berkata: 'Aku bersaksi bahawa aku tidak mengkafirkan seseorang pun dalam kalangan ahli Kiblat (mereka yang bersolat). Ini kerana setiap orang menuju kepada Tuhan Yang Satu Yang Disembah. Hanya semua ini (perbezaan yang ada) adalah perbezaan ungkapan semata'.

Kemudian al-Imam al-Zahabi menyebut: "Demikian juga guru kami Ibn Taimiyyah pada akhir hayatnya berkata: "Aku tidak mengkafirkan seseorang pun dari umat ini. Nabi SAW bersabda: "Tiada menjaga wuduk melainkan seorang mukmin", maka sesiapa yang melazimi solat dengan wuduk maka dia muslim." (Siyar A'lam al-Nubala, 15/88. Beirut: Muassasah al-Risalah). MAZA

Friday 29 November 2013

Melayu Khianat Melayu

PENYAHSENARAIAN SEMENTARA BERNAS SUATU PENGKHIANATAN KEPADA PARA PESAWAH DAN NELAYAN: “HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI”
 
1.     Kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob (BERNAMA, 26 November 2013), bahawa penyahsenaraian BERNAS adalah bersifat sementara untuk tujuan penstrukturan semula, dan pemberian saham 5% kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan 5% kepada Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) selepas penyenaraian semula telah menimbulkan lebih banyak persoalan yang perlu diperjelaskan.
 
2.     Perlu diingatkan, Dato’ Ismail juga sebelum ini pernah membuat kenyataan bahawa langkah pembelian gula mentah melalui long term contract pada Januari 2012 untuk tempoh tiga tahun pada harga USD 0.26/lb adalah “satu langkah bijak yang diambil oleh kerajaan” di mana selepas pemeteraian kontrak itu harga gula mentah jatuh merudum ke USD 0.17/lb hingga kini. Hasil ‘kebijaksanaan’ pihaknya, kerajaan kemudiannya menghapuskan subsidi gula yang mengakibatkan harga gula mentah yang tinggi ini terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh rakyat sehingga 2014.
 
3.     Adakah penstrukturan semula ini sekadar bermaksud membahagikan semula pegangan saham-saham BERNAS di antara kroni-kroni kerajaan seperti Batu Bara Resources Corporation Sdn Bhd yang kini memegang 22 juta saham bernilai hampir RM 82 juta?
 
4.     Kerajaan sebagai pemegang  ‘golden share’ di dalam BERNAS perlu memastikan bahawa program penstrukturan semula BERNAS ini dilaksanakan dengan betul kerana ini adalah industri strategik negara yang bakal merugikan rakyat sekiranya tidak diperhalusi sebaiknya. Setakat ini masih belum ada suatu jaminan tegas daripada pihak kerajaan bahawa pegangan saham oleh NAFAS dan NEKMAT tidak akan tergugat akibat penstrukturan semula ini.
 
5.     Sekiranya benar pegangan NAFAS dan NEKMAT akan dinaikkan kepada 5%, bagaimanakah mereka akan membiayai pembelian saham-saham ini (yang dianggarkan bernilai RM 50 juta) tanpa penambahan bebanan kewangan? Kerajaan juga perlu menerangkan bagaimana ia boleh berpuashati dengan penambahan saham bernilai RM 50 juta sahaja kepada NAFAS dan NEKMAT di mana sekiranya pegangan asal mereka sebanyak 10% setiap satu dikekalkan semenjak penubuhan BERNAS (menerusi pemantauan berterusan pihak kerajaan), sekurang-kurangnya RM 174 juta lagi boleh diagihkan kepada golongan petani dan nelayan ini.
 
6.     Bagaimana pula pihak kerajaan boleh membenarkan Tan Sri Syed Mokhtar menguasai BERNAS menerusi saham pegangannya yang berjumlah 83.4% dengan nilai RM 1,452 juta (pada RM 3.70 sesaham)? RM 1,452 juta diberikan kepada seorang individu, manakala hanya RM 174 juta dibahagikan kepada lebih 170,000 pesawah padi.
 
7.     Walaupun NAFAS dan NEKMAT dijanjikan pegangan saham yang sedikit tinggi ketika penyenaraian semula nanti, Tan Sri Syed Mokhtar dan pemegang saham minoriti lain yang mempunyai hubungan dengan kerajaan Barisan Nasional bakal mendapat habuan yang lebih besar hasil penstrukturan semula ini.
 
8.     Kepentingan para petani dan nelayan jelas dipinggirkan kerajaan, manakala kerakusan individu yang rapat dengan pihak kerajaan terus diutamakan. Inilah pengkhianatan kerajaan yang sepatutnya melindungi kepentingan para petani yang penat membanting tulang bagi memastikan bekalan beras negara ini terjamin. “Harapkan pagar, pagar makan padi
 
Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Sunday 24 November 2013

Saturday 23 November 2013

Ikhtilat Yang Dilupakan

by

Droids Ikhtilat Yang Dilupakan

 Ikhtilat | Bagaimana ya ingin memulakan. Sebenarnya, lama benar saya memendam perasaan untuk menulis tentang perkara ini. Jika diperam lama-lama takut membusuk pula. Biarlah saya luahkan dalam bentuk tulisan jika bukan dalam bentuk kata-kata. Harapnya, jangan ada yang tak terasa, sebab kalau boleh saya mahu buatkan semua orang yang membacanya terasa, termasuk diri saya yang menulis ini, patut lebih-lebih terasa. Kan?

Begini.
Seawal kita mula-mula ikut usrah dan program tarbiyah dulu, kita rasakan bagai satu kepelikan, pabila melihat program tarbiyah diasingkan lelaki perempuan. Mak ai? Hang biaq benar? Tidak terlepas daripada orang yang paling pelik ketika itu sayalah. Nak mesej kawan perempuan saja-saja  say hai tak boleh, nak makan dengan depa pun tak boleh, nak study group sama-sama pun tak boleh. Aduh, seksanya jiwa! Kata murabbi dan rakan-rakan seusrah, “ikhtilat, akh, ikhtilat kena jaga!” Sayu hati terpaksa let go, satu demi satu. huhuhu

Lalu dengan izin Allah swt, dan berkat program tarbiyah yang kita ikuti secara istiqamah, kita mulai berubah sedikit demi sedikit. Daripada seorang akh yang bermata buaya menjadi seorang akh yang syadid, daripada seorang akh yang tidak menjaga batas pergaulannya, kini melihat akhawat pun tunduk, hingga kadangkala terlanggar tiang.Dush.. Akhawatnya juga sama. Syadid malu-malu kucing apabila berinteraksi dengan ikhwah. Mesej juga hanya hal-hal kerja dan sekadar perlu. Itu cerita suatu ketika dahulu. Kadangkala, saya merindui kesyadidan suatu ketika itu.

Bertahun-tahun di dalam tarbiyah, kita mula diberi tangunggjawab satu demi satu dalam organisasi dakwah yang kita anggotai. Daripada menjadi seorang mutarabbi, kita menjadi seorang murabbi, daripada menjadi seorang murabbi, kita menjadi seorang mas’ul. Daripada ahli biasa, kita menjadi ahli luar biasa, baca: ahli jawatankuasa, daripada menjadi ahli pasif, kita kini menjadi ahli aktif. Gerak kerja kita kini mula mengabungkan tenaga antara ikhwah dan akhawat supaya cetusan idea terbaik dapat dilakukan. Disamping mengelakkan masalah komunikasi supaya segala program dan amal dakwah yang dirancang, dapat dilaksanakan dengan lancar. Begitulah..

Langit tidak selalunya cerah, kof-kof. (bunyi orang batuk)
Oleh kerana berhari-hari kita berinteraksi dengan orang yang sama, baik dalam satu group whatssapp ataupun gmail, kita mula melupai batas-batas ikhtilat antara kita. Maklumlah, sudah terbiasa. Baca: Antara Ikhwah Akhawat. Jika tiada yang menegur, kadangkalanya boleh jadi hanyut merapu entah ke mana. Itu belum lagi termasuk mesej-mesej peribadi yang ditujukan bukan untuk gerak kerja dakwah, tetapi lebih bersifat peribadi, baca: individualistic purposes. Ruh organisasi dan gerak kerja dakwah mulai hilang kerana nilai-nilai Islam yang sepatutnya terpatri telah terhakis sedikit demi sedikit. Oh.. lupakah kita bahawa? Organisasi yang sedang kita anggotai ini adalah organisasi dakwah dan organisasi ini tidak sama dengan organisai lain di luar sana.

Fahami kembali erti sebuah harakah Islamiyah
Untuk menjadi seorang “ahli” dalam sebuah harakah islamiyah, seseorang itu perlulah mengabungkan diri ke dalam jamaah. Penggabungan ini bukanlah bertujuan sebagai tipu muslihat, ataupun batu loncatan untuk mencapai maksud dan kepentingan peribadi seperti kepetingan politik, pengaruh, bisnes ataupun kepentingan-kepentingan lain (memikat akhawat?) . Syeikh Fathy Yakan menerangkan hal ini dengan panjang lebar dalam bukunya Maza Yakni fi. Intima’ lil Islam (Apa ertinya saya menganut Islam).
Antara kata-kata yang sempat saya petik ialah ;

” Sebenarnya menggabungkan diri dengan harakah Islamiyyah bukan hanya memadai dengan sekadar membuat permohonan menjadi ahli dan mendaftar nama sahaja, bukan juga sekadar berulang alik ke markas-markas gerakan atau kelab-kelabnya dan menghadiri ijtima’-ijtima’ anjuran jamaah semata-mata. Penggabungan itu mestilah membawa pegertian yang lebih jauh dari itu. Pengabungan yang bukan sekadar dalam bentuk dan nilai-nilai tertentu sahaja tetapi ialah penggabungan yang membuktikan kemantapan aqidah dan kekuatan ikatan fikrah dan tanzim “

Penggabungan ini disebut sebagai intima ‘ .  Intima’ atau penggabungan ke dalam mana-mana Harakah Islamiah adalah merupakan perkara pokok dan domain bagi memastikan kelangsungan gerakan islam. Intima’ atau penggabungan  ini adalah penggabungan seorang akh ke dalam Harakah Islamiah secara aqaidi [ berdiri atas keimanan dan prinsip], bersifat kulliy [total], berciri masiri [ untuk selama-lamanya] yang melibatkan intima’ fikri, intima’ harakiy @ tandhimi dan juga intima’ syuuri.

Justeru bilamana seorang akh itu tidak memahami erti “keahlian” sebenar dalam sesebuah jamaah, maka akan timbullah sindrom-sindrom besar ataupun sindrom-sindrom kecil seperti ikhtilat yang dilupakan di atas. Ada orang kata, tak apalah, ini untuk kepentingan organisasi juga? Ha? Biaq benar?

Kesan Buruk
Api yang besar, dimulai dengan api yang kecil. Kadangkala kecilnya itu tidak terlihat oleh mata kasar kita, tetapi cukup untuk membakar dedaunan halus yang seterusnya boleh menyebabkan api bertambah marak dan marak, hingga boleh membakar satu hutan!

Begitu juga dalam berikhtilat. Jika isu-isu sekecil ini kita tidak dapat tanggani dan cegahi dengan baik, boleh jadi, kesan buruknya pada jamaah nanti. Ragam pada mulanya hanya berlaku jarang-jarang, kini telah menjadi budaya dan membarah dalam organisasi kita. Lalu, siapa yang harus dipersalahkan?

Aku! Aku dan Aku! Tundinglah jari kepada diri kita sendiri, kerana diri kita adalah cerminan kepada jamaah kita. Dan jamaah kita adalah cerminan bagi diri kita. Kerana hakikat sebuah jamaah dan individu adalah perkara yang sama. Individu adalah cell-cell yang membina jamaah, Jamaah itu individu dan individu itu sendiri adalah jamaah. (majmuk rasail; Imam Hassan Al Banna) Neraca produktiviti sesuatu jemaah adalah bergantung kepada neraca produktiviti individu ( al masar; ahmad ar Rasyid).
Tidak mahulah nanti orang mengata..

Pssstt.. Leha, aku ada cerita sikit nak habaq dekat hang.
Jangan na,, join jamaah xyz tu..
Ahli-ahli dia semua tak jaga ikhtilat….
Bertepuk tampar macam abang dan adik dah…
Uii buruk rupanya perangai depa Leha oiii…

Justeru, setelah penat berfalsafah dan berteori di atas. Masanya untuk tindakan. Di bawah digariskan tips-tips yang sesuai untuk mengelakkan perkara di atas daripada berlaku.
Tips-tipsnya adalah :

1) Pastikan ada orang yang diyakini (tsiqah) seprti para ustaz, astatizah, mas’ul/mas’ulah yang telah berkahwin untuk memantau gerak kerja anda. Bukan untuk jadi Queen control, tetapi untuk lebih menjaga batas ikhtilat di samping meningkatkan efisiensi di atas paras maximum. InshaAllah.

2) Taujihat copy paste daripada seorang ustaz yang saya sangat hormati kerana Allah. Kata ustaz,  ”selepas ini, jika ingin memanggil akhwat kena didahului dengan ukht, sebagai tanda penghormatan pada akhwat dan biar nampak ada gap sikit antara ikhwah dan akhwat. Kita kongsi semangat yang sama, tetapi kita juga ada budaya kerja tersendiri. Jangan sampai nampak macam adik beradik pula”

3) Senantiasa ingat, bahawa syaitan itu halus tipu muslihat dan godaannya. Apa anda ingat, selepas anda melepaskan ukhtifriend anda, Syaitan akan giveup dan tidak akan hadir lagi? Tidak! Syaitan tidak akan pernah giveup, malahan dia akan menghantar jeneral baru yang super berkaliber untuk menghasut anda supaya tertipu. Salah satunya, adalah sindrom ikhtilat yang dilupakan ini.
Wallahualam

Justeru, sekadar itu perkongsian daripada saya. Maafkan atas segala sarcasm melampau yang digunakan, hakikatnya teguran ini adalah untuk renungan kita bersama juga. Serius bukan ditujukan pada sesiapa, tetapi kalau terasa, sendiri tanggunglah. Pergi nuh, ambil air wuduk, p solat taubat sat.. 

Dalam tidak sedar, kita mungkin seringkali terlupa bahawa kita adalah manusia biasa, yang tidak lepas daripada kesalahan. Nasihat, adalah salah satu mekanisme untuk menjernihkan kembali hati-hati yang terpalit dengan noda maksiat. InshaAllah.

Ikhtilat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Peace ^_^v

Friday 22 November 2013

Pemuda Pas Perlu Keluar Dari Konkongan Lama

 2 PERBAHASAN YANG AGAK BEST

Ketika Muktamar Dewan Pemuda Pas yang semakin hangat berlangsung, ada dua perbahasan yang menarik minat untuk direnung-renungkan. 

Yang pertama ialah perbahasan oleh wakil dari Melaka, Azizan Lim yang menegur sikap strategi Pas pada PRU13 yang lalu. Katanya "di laman sosial, ahli Pas terlalu leka bermain dengan simbol, bendera dan sebagainya, malah Ia berlaku di peringkat cawangan, tapi bila kita minta senarai rumah yang atas pagar untuk kita pergi, gagal nak bagi,".

Tambahnya, "kalau kita rajin pasang bendera pukul 2 pagi, 3 pagi tapi bila nak turun padang esok, sorang pun tak boleh bangun untuk ke rumah-rumah, cari orang-orang daif untuk kita jumpa." Beliau juga memuji usaha DAP yang berusaha gigih dan mempunyai strategi yang berkesan. Beliau menyatakan bahawa DAP mempunyai satu sikap sunatullah yang lebih berbanding Pas.

Apa yang diungkapkan oleh beliau memang hakikatnya berlaku bukan sahaja di Melaka malah di Selangor, Terenggganu dan tidak mustahil diseluruh Malaysia. Tidak dinafikan ada juga petugas cawangan yang berjaya melakukan tugas kempen dengan jayanya sehingga mampu meningkatkan jumlah undi.

Jikalau diperhatikan secara kasar, kita boleh mendapati banyak markas yang didirikan hanya untuk tempat melepak, makan dan bersembang. Mereka ini seolah-olah  melihat pilihanraya ibarat peperangan bersenjata dimana markas adalah tempat berkubu sedangkan pilihanraya adalah perang sikologi untuk mendapatkan undi rakyat. Maka petugas pilihanraya perlu memainkan peranan dalam mendekati masyarakat bukan hanya sibuk memasang bendera, membina replika, tidur di markas atau sebagainya. Mereka sepatutnya mempunyai strategi khusus bagi memikat hati rakyat.

Satu lagi masalah ialah, kebanyakan petugas parti mengharapkan isu-isu semasa atau nasional yang dimainkan oleh wakil parti samada diperingkat pusat atau negeri untuk mempengaruhi pemikiran rakyat tetapi persoalannya bagaimana pula isu setempat 'local issues' yang melingkari masalah penduduk di kawasan berkenaaan. Pemimpin dan petugas cawangan sepatutnya memainkan peranan dalam mengetengahkan isu-isu setempat kerana sesetengah penduduk amat terkesan dengan isu setempat berbanding isu nasional terutamanya dikawasan pedalaman dan kampung-kampung.

Tidak dinafikan berlaku juga di sesetengah cawangan yang dipimpin oleh ketua yang tidak berkaliber untuk menjana strategi dan memikat hati rakyat. Batang tubuh beliau pun tidak mampu untuk menarik undi kerana tidak mesra penduduk apatah lagi untuk mengemuka strategi yang bernas. Mereka yang berperwatakan sedimikian harus diundurkan dan dipencenkan sahaja demi kebaikan bersama kerana ramai lagi yang berkaliber untuk memimpin parti diperingkat cawangan.

Perbahasan kedua yang menarik juga ialah dari perwakilan PAS Pulau Pinang Mohd, Raduan Ramli. Semasa perbahasan ucapan Ketua Pemuda PAS semalam, Beliau terus “membelasah” rakan PR DAP dan mendakwa mereka sekadar menumpang dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Melihat situasi ini saya bersetuju dengan kenyataan Saudara Amin Iskandar, kolumunis TheMalaysianInsider bahawa  PAS perlu membuat keputusan sama ada mereka mahu bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya atau terus “menangis seperti bayi” dan menjadi “penumpang” dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah Malaysia sejak negara mula merdeka.

Sepatutnya Pas perlu memikirkan usaha  untuk memenangi sokongan golongan muda Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang, seperti kata bekas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan semasa ucapannya dua hari lalu. Pemuda Pas tidak boleh lagi hanya mengungkitkan perkara yang remeh temeh kerana jikalau terus diungkitkan, mungkin DAP juga boleh mengungkitkan.

Contoh yang jelas ialah di Kedah ketika di bawah pemerintahan PR dimana PAS merupakan suara majoriti dan DAP ketika itu hanya memenangi satu kerusi. Persoalannya apakah peranan DAP yang diberikan oleh kerajaan Negeri ketika itu? 

Pas seharusnya melihat dan mengukur di badan sendiri sebelum mengungkitkan sesuatu perkara, masih ingatkah kita di Perak pada PRU12, walaupun PAS hanyalah suara minoriti tetapi diberi kepercayaan untuk menerajui Kerusi Menteri Besar. Malah ketika ini, di DUN Perak, DS Nizar masih diberi kepercayaan untuk menerajui Ketua Pembangkang walaupun  kerusi majoriti dikuasai DAP.

Isu-isu yang berbangkit ini perlu diselesaikan secara rundingan baik bukan membuat sidang media di arus perdana yang sentiasa menunggu bola tanggung untuk meretakkan hubungan baik dikalangan Parti kompenan Pakatan Rakyat. Setiap tanggungjwab yang diberikan harus dilaksanakan dahulu sebaik-baiknya bukan terus merungut kerana peranan yang diberikan adalah kecil. Seeolok-eloknya tunjukkanlah bahawa tanggunjawab yang diamanahkan  itu mampu digalas dengan baik dan moga-moga akan mendapat kepercayaan rakyat terutamanya yang tidak berparti 'non partisan' untuk menerajui negara bagi mengantikan UMNO BARISAN NASIONAL yang sudah melebihi usia 12 Tahun dimana waktu yang sudah tidak selamat untuk rakyat Malaysia.

Monday 11 November 2013

Kroni....Dulu Kini Dan Selamanya

SEKETARIAT BUDAK MECHY (JAUHKAN KRONISMA DALAM SUKAN SAF)

Sebaik sahaja saya melangkah ke IPTA di sebuah Negeri Atas Angin untuk melanjutkan pengajianku di peringkat Ijazah, saya melihat satu suasana yang cukup baik dikalangan rakan-rakanku berbanding ketika mereka di Negeri Atas Air. Sebelum ini ketika pengajian Diploma di Negeri Atas Air, kebanyakan kehidupan mereka hanya berkisar belajar semata-mata tanpa menghiraukan aktiviti Persatuan, Sekretariat, Organisasi, Exco dan macam-macam lagilah. Situasi inilah yang menyebabkan saya teruja untuk bertanya kepada mereka kenapa mereka tetiba bergiat aktif tidak seperti sebelum ini.
 
Bermacam-macam jawapan yang Saya terima, ada yang mahukan pendedahan berorganisasi, mahukan ilmu dalam mentadbir, dan sebagainya. Namun disebalik jawapan tersebut ada juga sebahagian yang memberikan jawapan, bahawa mereka inginkan KI (kemahiran Insaniah) semata-mata untuk melengkapkan merit dan mata sahaja bukan kerana atas dasar tangungjwab sepenuhnya. Saya mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang menjalankan tugas atas dasar tangungjawab tetapi tidak kepada mereka yang gilakan jawatan semata-mata mahukan popuriti dan merit sahaja.

Oleh kerana anda sanggup menerima jawatan-jawatan ini maka saya menyeru supaya anda harus berlapang dada dalam menerima kritikan dari mana-mana pihak terutamanya pelajar. Ini penting kerana cemerlangnya diri anda dalam menguruskan organisasi maka yang mendapat habuannya bukan sahaja kami tetapi diri anda juga.

Pemilihan SAF (Mechy)

SAF merupakan Sukan Antara Fakulti dimana ia merupakan satu aktiviti yang cukup baik untuk mencungkil bakat dan mengalakkan pelajar bersukan. Sebelum SAF bermula sudah tentu setiap fakulti akan membuat pemilihan untuk mencari atlet bagi mewakili fakulti masing-masing. Saya disini hanya ingin menegur sistem pemilihan Fakulti Mekanikal yang bagi saya dan bukan sahaja saya tetapi ramai pelajar juga melihat ia agak pincang dan bersifat kronisma. Ramai rakan-rakan saya mengadu tentang hal ini kerana mereka dinafikan hak untuk mewakili fakulti walaupun berbakat dan melepasi ujian pemilihan.

Apa yang ingin diketengahkan disini ialah pihak pelajar seketariat I-Mechy seharusnya menganjurkan sukan diantara pelajar Mekanikal sahaja sebelum SAF bermula. Ini penting supaya kita dapat melihat siapakah yang mempunyai bakat yang sebenarnya bukan hanya membuat ujian pemilihan yang bersifat kronisma yang akan diterangkan nanti. Bagaimana mungkin pelajar mampu menonjolkan bakatnya sedangkan masa dan ruang yang diberikan ketika pemilihan agak terhad. Saya sendiri tidak berpuas hati dan bertanya kepada seorang seketariat yang menguruskan hal ini, kenapa tidak diadakan sukan diantara pelajar mekanikal sebelum SAF bermula. Alasannya ialah kita kesuntukan masa dan sukan SAF ini diadakan terlalu awal. Pesanan saya sepatutnya mereka seharusnya  'cakna' dengan hal dan perkembangan aktiviti semasa. Adalah tidak masuk akal jikalau sukan SAF itu dirancang secara tiba-tiba oleh pihak atasan.

Dipinggirkan mewakili Bowling

Ketika pemilihan sukan bowling untuk pelajar mekanikal, seorang teman yang hanya mahu dikenali sebagai 'Dino' meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana ketika pemilihan, beliau layak secara merit untuk mewakili fakulti. Namun malang menimpanya kerana pihak pengurusan hanya melatakkannya sebagai pemain simpanan dan pada masa sama seorang pelajar yang rankingnya dibawah 'Dino' dipilih sebagai pemain utama. Alasan yang diberikan agak dangkal dan tidak mengambarkan seorang mahasiswa yang cerdik, katanya budak ini pernah mewakili fakulti pada semester sebelum ini dan dia berhak diberikan ruang. Saya hanya tergelak KAHKAHKAH bila diberitahu oleh 'Dino'. Kalu la ini alasanya kenapa Zidane, Figo, Ronaldo Gemuk tidak dipilih semula untuk mewakili negara masing-masing sedangkan mereka ini bekas pemain terbaik dunia. Cukup-cukup lah tu bagi alasan bodoh, kita harus melihat prestasi semasa bukan yang lepas.

Dinafikan untuk mewakili Petanque


Begitu juga nasib yang menimpa seorang rakan pada SAF tahun lepas. Beliau yang hanya ingin dikenali sebagai 'Yopu', bukan nama sebenar. Minatnya terhadap Petanque bukan main mendalam namun bakatnya dinafikan oleh sifat kronisma atau Awok-awok. Ketika dihari pemilihan, yang datang semuanya muka-muka baru yang inginkan ruang untuk bersukan. kata seorang Kordinator disitu anda semua akan terpilih kerana yang datang hari ini pun cukup-cukup.

Namun sebaliknya yang berlaku "Disangka panas hingga ke petang rupanya salji di tengah hari", keesokannya datang beberapa ayam lama atau otai yang tersengih-sengih seperti merakalah lagenda Petanque dunia dan apa yang disangka memang sah, merekalah yang terpilih. Betapa hancurnya perasaan budak lain, sudahlah, pemilihan tak datang. Ini semua POYO..!!!!!!

Seorang teman yang mewakili kolej dalam sukan bola sepak apabila ditanya, "Mung g dop pemilihan Futsal Mechy Malam", tanpa habis nafas, terus dia menyampuk, "kroni semua tu". Jikalau begitulah maksudnya, diriku ini hanya diam membisu dan mengeleng-gelengkan kepala. Terdetik di kepala ini, macam mana mereka membuat pemilihan pemain, aspek apakah yang diambil kira, sedangkan waktu yang agak singkat. Alangkah indahnya jikalau pertandingan futsal dikalangan pelajar mekanikal diadakan sebelum SAF, sudah pasti setiap orang mampu memperagakan aksi masing-masing supaya terpilih mewakili fakulti.

Tarik Tali

Ketika otak ini sedang meroyan-royan memikirkan nasib rakyat sebuah negara di Afrika yang dibebankan dengan kenaikan harga gandum dan minyak lintah, tetiba datang seorang rakan yang juga Seketariat yang menguruskan acara tarik tali. Dia bertanya, "Oit..!!! macam mana nak uruskan pemilihan tarik tali, aku pening ni, kita mahu sepuluh orang, tetapi yang ada 15 orang". Hanya senyum sipu-sipu sahaja yang mampu kupaparkan sambil dikepala ini mencari idea, "Ko timbang je la sorang-sorang tu guna dacing, pilihlah yang badan berat-berat, kan senang kerja".

Pihak seketariat harus membuka mata dan memilih seseorang berdasarkan prestasi bukan kerana dia kawan aku, dia ayam lama, dia pernah mewakili Asia atau apa-apa je lah, dah tak larat nak tulis. Dalam kelas tadi pun, apabila ditanya oleh pensyarah, kamu semua tak main SAF ke, semua pelajar menyampuk, INI SEMUA KRONI.....!!!!!!!!!!!!!!!! Walaubagaimanapun ada juga sukan yang pemilihannya berjaya diuruskan secara baik, tahniah diucapkan tetapi kepada pihak masih bersifat kronisma, tiada tahniah untukmu.

Sudah tiba masanya kepada sesiapa yang terlibat dalam hal ehwal rumah tangga ini, perlu mencari idea untuk menyelesaikan hal ini kerana jikalau ia berlarutan ke semester-semester yang seterusnya, Ia boleh membantut minat dan bakat pelajar yang ingin terlibat dalam SAF.

Antara cadangan yang terbaik ialah, anjurkan sukan antara pelajar fakulti mekanikal dahulu, Jangan jadikan alasan bahawa anda sibuk, tak sempat nak menguruskannya kerana anda yang sudi menerima jawatan ini maka anda juga harus sanggup menghadapi kesibukan ini. Akhir kalam, jalankanlah tugas anda dengan baik dan semoga mendapat keberkatan dalam apa jua urusan.

Saturday 2 November 2013

Presiden PAS Kantoi Bab Tanam Padi

Tanam Padi Waktu Pilihanraya
Ni la padahnya UMNO-BN, nak putar belit berita tu, 
pergi lah belajar dulu dengan orang kampung, ni kasi hentam je. 
lepas tu kene atas muka sendiri. Nampak sangat jahil bab tanam padi. 
Nak lapor tu, pergi la tanya menteri yang jaga padi. 
Ni hasilnya bilamana Tak tahu bab padi tapi nak cakap pasal padi. 
Masih Ingatkah NFC Lembu.???
Orang yang tak pernah bela lembu tetapi diberi duit suruh berniaga lembu. 
Kan hangus duit Rakyat berjuta-juta.
KAKAHKAHKAH
Kalu tak paham juga , sila Dengar penjelasan YB Mahfuz Omar bab Tanam Padi kat bawah ni. Ni baru standard Menteri