Pages

Tuesday 17 September 2013

Mc Dogol ...!!!!!!


Gandingan Ulama Dan Profesional PAS Perlu Diperkukuhkan


PAS adalah sebuah parti yang mempunyai berbagai lapisan pemimpin. Majlis Syura Ulamanya dipimpin oleh seorang Mursyidul Am, dan Jawatankuasa Kerja Pusat dan Jawatankuasa Harian Pusat dipengerusikan oleh Presiden. Sesetengah golongan tidak bersetuju bahawa seseorang pemimpin PAS atau Presiden PAS itu mestilah seorang dari kalangan ulama’. Ia bukanlah sebuah syarat yang mutlak. Kerana menurut Yusuf Qardhawi sendiripun, syarat untuk menjadi pemimpin seperti yang digariskan Quran adalah Qawiy(kekuatan) dan Amin (amanah). saya melihat disini ada dua konsep yang harus ditekankan iatu ulama dan umara supaya gandingan mereka harus dimantapkan.

Hadis ada menyebut:

Maksudnya: "Bila ulama dan umara (pemimpin) baik, umat Islam pun akan baik."
Dalam hadis ini, ulama didahulukan kemudian barulah umara. Ulama memberi ilmu dan memberi contoh. Kalau hendak dilaksanakan secara global, ulama tidak mampu sebab dia tidak ada kuasa dan kekuatan. Umara ada kekuatan ekonomi, politik dan negara. Umara boleh menggerakkan rakyat. Oleh itu, umara mesti bergantung kepada ulama. Kemudian dia aplikasikan dan praktikkan nasihat dan ajaran ulama kepada masyarakat.

Ketika Multaqa Ulama Semalaysia di Kedah berlangsung baru-baru ini, dua resolusi telah dikeluarkan dan dikira amat tidak wajar iaitu :

Resolusi 5- Multaqa Ulamak Se-Malaysia turut mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat melalui kuasa yang ada bagi tujuan menjaga maslahah dan membendung serta menghalang mafsadah Syar'iyyah.

Resolusi 7- Multaqa Ulamak SeMalaysia menerima saranan daripada wakil-wakil perbahasan untuk menegaskan bahawa jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas sewajarnya daripada kalangan ulamak yang memahami dan faqih tentang Islam dan realiti semasa. Jawatan-jawatan lain termasuk naib-naib presiden juga turut perlu dipertimbangkan daripada kalangan ulamak dengan gandingan bersama golongan profesional dan aktivis.

Setelah Resolusi 5 hangat dibincangkan dimedia sosial dan dikupas oleh ramai pihak termasuk ahli pas sendiri, saya melihat dari semalam hingga hari ini, Pas sendiri terpaksa membuat 'U-turn' dengan mengeluarkan kenyataan bahawa resolusi ini adalah untuk mempekukuhkan Pakatan Rakyat bukan berniat untuk keluar dari pakatan rakyat (PR). Kenyataan ini bertujuan untuk meredakan keadaan buat seketika waktu tetapi harus diingat, pasti ada golongan yang masih tidak selesa dan masih berpegang supaya kerjasama ini perlu diputuskan.

Masihkah kita ingat ketika heboh tentang rancangan kerajaan perpaduan antara pas dan Umno. walaupun pemimpin tertinggi Pas menafikannya dan mengarahkan supaya usaha ini dihentikan tetapi masih ada golongan di dalam Pas yang masih meneruskan usaha ini secara senyap-senyap. Akhirnya terbogel juga dan golongan ini sudah ditendang keluar dari Pas. Mereka yang ditendang keluar ini bukang calang-calang orang, mempunyai jawatan tinggi dalam pas serta berlatarbelakangkan agama.

Selain itu Resolusi 7 yang dikemukakan dikira amat tidak wajar kerana seolah-olah untuk menidakkan pihak yang lain. Resolusi ini juga bertentangan dengan perlembagaan Pas yang tidak mensyaratkan jawatan tertinggi dipegang oleh golongan Ulama. Perlembagaan menyebut syarat untuk menjadi ahli hanyalah Islam.

Saya melihat dari kacamata jauh, dimana persoalan yang ditimbulkan ialah kenapa isu ulama dan profesional kembali dimainkan sebaik sahaja muktamar Pas yang akan berlangsung tidak lama lagi. Adakah sebahagian golongan ulama didalam Pas tergugat dengan penonjolan oleh golongan profesional. Sesetengah pemerhati melihat sesetengah golongan ulama didalam Pas merasakan kuasa mereka tergugat dan suara mereka seolah-olah dipinggirkan. Tindakan mereka ini seperti dikejar bayang-bayang sendiri. Golongan Ulama pas seharusnya faham dan mengkaji kelemahan mereka sendiri bukan terus menyalahkan orang lain.

Masyarakat awam termasuk saya sendiri melihat dewan ulama seolah-olah lesu dan tidak menonjol dalam mendepani isu-isu semasa yang berlaku. Sepatutnya mereka harus pantas mengeluarkan pandangan bukan hanya pandangan tentang isu yang remeh temeh kadangkala kenyataan merapu. Golongan Ulama pas seharusnya belajar  dari AKP di Turki bahkan Ikhwan di Mesir yang mempunyai rekod pimpinan yang terbilang dimana agama bukan profession namun pra-syarat kepimpinan.

Tiada lagi 'ustaz-ustaz' PAS mampu meniru kehebatan professional Ikhwan namun 'alim dan soleh. Gerakan Islam dunia lain bukan sahaja melahirkan tokoh politik, namun tulisan mereka dijadikan rujukan dalam tafsir, hadith, fiqh dan sebagainya. Ulama' PAS? Ditegur sedikit, katanya jangan masuk campur kalau bukan ahli PAS. Walaubagaimanapun, tidak semua ulama atau Ustaz didalam Pas yang bersifat sedemikian, masih ada ramai golongan ulama yang progresif dan mereka harus ditonjolkan dan ulama yang tidak progresihf harus direhatkan.

Ulama Pas seharusnya memahami, Pas mempunyai majlis syura yang dianggotai oleh ulama sebagai badan tertinggi parti. Majlis syura akan mengawal segala perjalanan parti yang dikemudi oleh Jawatankuasa Pusat.  Oleh itu tidak harus timbul syak wasangka terhadap golongan professional.

Golongan professional amat penting dan  tidak harus dipinggirkan kerana kemasukan golongan professional boleh memperkukuhkan parti. Contohnya di Mesir Ikhwan Muslimin, Hamas di Gaza, Ennahda di Tunisa, hampir semua jwatan penting diberi kepada golongan professional yang bukan sahaja arif tentang ilmu duniawi tetapi faham tentang Islam serta hafiz Al-Quran. Ulama pula berada dibelakang sebagai pemerhati ‘check and balance’ . Adakah Pas masih  belum mampu untuk menerima konsep yang sudah diterapkan oleh kebanyakan Gerakan Islam lain. Golongan ulama yang arif tentang politik tidak salah untuk menonjolkan diri didalam politik tetapi golongan yang tidak arif tentang politik harus kebelakang. Begitu juga dengan professional yang tidak arif dengan dunia politik.

Cuba saudara perhatikan siapakah yang memegang jawatan Mursyidul Am IM, beliau ialah Dr Muhammad badie’ seorang Dr vaterinar, Dr Morsi seorang jurutera, begitu juga Hamas, Ismail Haniyeh. Di Turki pun sama presidenya Dr Recep Tayip Erdogan dan di Yaman seorang tokoh yang disegani ramai Abdul Majid Zindani, ahli Farmasi. Persoalannya dakah mereka ini boleh kita katakan tidak arif tentang Islam?
  
Bagi sesetengah golongan yang mendakwa golongan yang berada diperingkat awal parti sahaja berhak kehadapan dan golongan baru ini tidak berhak bercakap amatlah tidak wajar. Sejarah Islam telah merekodkan Rasulullah SAW dan para sahabat seprti saidina Abu Bakar, dan Umar Al-Khattab menghantar panglima perang yang berkaliber seperti Khalid al-walid, Abu Ubaidah Al-jarrah dan Salman Al-Farisi. mereka diletakkan dibarisan hadapan kerana kemahiran dan strategi perang yang mereka ada walaupun mereka bukan golongan yang bersama islam diperingkat awal.

Oleh kerana dunia hari ini sudah berubah maka konsep dakwah dan seni politik juga harus berubah. Disinilah semua profesion sama ada ulama atau professional perlu berganding bahu bukan mempunyai syak wasangka sesama sendiri demi kebaikan bersama. Sudah tiba masanya mereka perlu memandang kehadapan dan membuat percaturan politik serta melihat secara luas bukan hanya pada satu titik.