Pages

Monday 16 September 2013

Teori 'SANDIWARA' di Sebalik Konflik Mesir, Siapa Lawan dan Siapa Kawan....

Ketika Rakyat Mesir diserang dan dibunuh oleh regim tentera Abdel Fatah As-Sisi, masyarakat dunia tidak henti-henti menghulurkan simpati dan mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan. Namun pada masa sama pemimpin-peminpin dunia baik dari dunia Islam mahupun bukan masih berbelah bahagi untuk menyokong atau menentang tindakan pihak regim tentera.
Dr Morsi

Ada negara yang menentang tetapi hujah yang dikemukakan amat mendukacitakan seolah-olah ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Yang paling memeningkan lagi ialah ada yang menyokong pihak tentera tetapi pada masa sama memberikan bantuan kepada mangsa tembakan bak kata nenek tua, 'baik pun tolong, jahat pun tolong'. Tidak salah untuk kita mengelarkannya sebagai teori 'sandiwara'. Sebenarnya apa yang berlaku ini tidak lain dan tidak bukan kerana adanya sifat munafik dikalangan pemimpin negara. 
 
Firman Allah S.W.T.  
"Dan supaya Allah mengetahui siapa orang-orang yang munafik. Kepada mereka dikatakan,'marilah berperang dijalan Allah atau pertahankan dirimu',mereka berkata,'sekiranya kami mengetahui akan terjadi peperangan tentulah kami mengikuti kamu', mereka pada hari itu lebih dekat kepada kekafiran daripada keimanan. Mereka mengatakan dengan mulutnya apa yang tidak terkandung dalam hatinya dan Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan"
(3:167)
Abdel Fatah As-Sisi
Kemunculan golongan munafik yang pandai bersandiwara ini bukan perkara baru. Abdullah bin Ubay hidup sezaman dengan Radulullah S.A.W tatapi sentiasa membuat onar untuk menjatuhkan Islam. Ketika regim As-Sisi mengulingkan Dr Morsi, Arab Saudi, Kuwait, UAE dan Jordan terus menghulurkan bantuan dianggarkan bernilai AS$12billion. Masyarakat dunia mengecam tindakan Monarki Bani Saud serta sekutu mereka yang tidak menunjukkan solidariti terhadap pencabulan proses demokrasi di Mesir. Mungkin negara arab masih belum memahami apa itu demokrasi kerana mereka mengamalkan sistem monarki iaitu pemerintahan adalah melalui keturunan cucu datuk nenek. Rakyat tidak berhak merasai tampuk kekuasaan.

Namun ada suara merdu golongan ulama muda di negara ini yang menyokong tindakan Bani Saud, katanya 'Arab Saudi yang mengiktiraf kerajaan Mesir, tak semesti menyokong kekejamannya'. Bagi menjawab dakwaan ini, Raja Abdullah secara terang-terangan menyeru bangsa Arab untuk berdiri bersama-sama menentang 'cubaan untuk menjejaskan kestabilan Mesir' (merujuk pada himpunan prodemokrasi).

Ketika penyokong pro Dr Morsi digempur di medan Raba'ah, Arab Saudi antara negara yang menghulurkan bantuan dengan menyediakan perkhidmatan 'mobile hospital' seperti yang dilaporkan saudi news untuk membantu mangsa tembakan. Ramai yang terpedaya dengan mengatakan 'tengok Arab Saudi pun bantu, kenapa kecam mereka'. Tetapi itu hanyalah sandiwara bagi menutup tindakan mereka menyokong regim tentera. Persoalannya kenapa bantuan besar diberikan kepada regim As-Sisi tetapi tidak kepada Dr Morsi ketika beliau menjadi presiden yang sah.

Untuk memahami teori 'sandiwara' ini secara lebih jelas, kita berundur ke zaman Gamal Abdel Nasser. Ketika beliau mengambil alih kuasa, beliau cukup popular di rantau arab dan timur, idea beliau seperti pan-arabism, anti penjajahan dan tidak berkompromi dengan kuasa barat cukup memukau masyarakat dunia. Beliau juga membawa ideologi nasionalis arab serta memiliknegarakan terusan suez dan membina empangan Aswan.

Walaubagaimanapun disebalik baju kot yang dipakainya, beliau telah menzalimi serta menindas rakyatnya. Dengan helah menuduh Ikhwan Muslimin sebagai dalang merancang pembunuhan beliau pada 1954, maka Ikhwan diharamkan. Regim Gamal mengganas dan menangkap pimpinan Ikhwan, Syed Qutb dihukum gantung bersama beberapa pimpinan yang lain. Malah penjara padang pasir menjadi saksi bisu kezaliman regim Gamal terhadap rakyatnya. Dunia luar melihat beliau seperti pembela tetapi sebaliknya zalim pada rakyat sendiri.

Turki adalah satu-satunya negara umat Islam yang konsisten dalam mengecam kekejaman regim tentera. Turki membatalkan 26 perjanjian dengan Mesir dan tidak mengiktiraf kerajaan kudeta. Selain itu, Bolivia dan Vanuezela telah menarik duta dan mengantung hubungan diplomatik dengan Mesir. Ketika kesatuan Afrika (AU) mengecam tindakan regim tentera, kesatuan negara Islam (OIC) masih membisu dan tiada tindakan tegas diambil. Betul apa yang diungkapkan Dr Recip Tayyip Erdogan, pemimpin negara umat Islam hari ini seolah-olah seperti 'syaitan bisu'. Tidak malukah kita dengan tindakan solidariti yang dilakukan negara bukan Islam tetapi negara Islam hanya terkebil-kebil melihat saudara mereka dibantai.

Kebanyakan negara umat Islam juga lambat bertindak kerana mereka menunggu tindakan yang dilakukan ayahnda mereka terlebih dahulu iaitu Amerika. Jikalau Amerika mengecam, barulah mereka kecam. Jikalau Amerika diam, mereka pun sama diam. Betapa kuatnya ukhwah persaudaraan diantara mereka.

Sepatutnya seluruh pemimpin negara umat Islam harus menunjukkan solidariti bersama Dr Morsi kerana beliau banyak membantu Palestin yang ditindas regim Zionis. Usaha beliau yang berjaya menghentikan operasi 'pillar of cloud' iaitu serangan regim Israel terhadap Gaza pada 2012 harus dibanggakan. Persoalannya adakah kita masih mahu mengharapkan negara Arab yang diulit kekayaan hasil minyak untuk mempedulikan nasib ummah sejagat...????

#Disebalik kekayaan emas hitam dirantau Arab, ialah bencana dan malapetaka. Pemimpin terus dimandulkan, hanya suara rakyat yang menolak kebatilan..

Jeng Jeng Jeng................   BERITA PECAH TERBERAI.................

Bukan sahaja PAS, PKR juga mengalami konflik pembaharuan..
Pemilihan parti akan berlangsung tidak lama lagi..
satu tim PEMBAHARUAN sedang bergerak untuk menyingkirkan tim POYO....
Jeng jeng...Siapakah Tim PEMBAHARUAN dan Tim POYO...

Nanti bila tiba masanya kita ulas sepuas-puasnya mengunakan kepala lutut,Kepada Tim POYO samada dalam PAS atau PKR sila berundur sebelum anda diundurkan


Bantahan NGO-pro Melayu terhadap Dialog Dr Mujahid dan Pihak Gereja Tidak Wajar

Dipetik daripada Malaysiakini, sekumpulan NGO pro-Melayu membantah penganjuran majlis dialog anjuran MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa bersama sekumpulan penganut Kristian yang dijadualkan berlangsung esok di Pulau Pinang. Laporan Mingguan Malaysia hari ini memetik kenyataan jurucakap kumpulan aktivis tersebut, Azmi Jaafar yang berkata dialog tersebut sepatutnya menampilkan tokoh yang arif mengenai Islam dan bukannya pemimpin politik seperti Mujahid.Tambahnya lagi beliau bimbang dialog itu menjadi agenda politik sehingga sanggup mengadaikan Islam.

Alangkah dangkalnya pandangan beliau kerana jikalau beliau bimbang ia boleh menjadi agenda politik, beliau boleh hadir sebagai pemerhati atau menawarkan diri sebagai ahli panel. Selain itu dialog ini juga adalah bersifat terbuka bukan tertutup.


Hubungan antara kaum di negara kita sering kali dipolemikkan dengan pelbagai isu yang sensitif seperti kepala babi, kepala lembu, hukum menggunakan nama Allah, hukum orang bukan Islam masuk Surau, Isu anjing dan sebagainya. Seekor lembu pernah mengadu dan meluahkan kekecewaan kerana melihat masyarakat hari ini memainkan isu-isu sensitif semata-mata untuk mengekalkan tampuk kuasa. Kita harus sedar bahawa bukan sahaja kita sebgai manusia malah haiwan serta tumbuhan juga mahukan kedamaiaan.

Usaha Dialog ini adalah satu usaha yang baik untuk kita mempekenalkan dan membawa ajaran Islam yang sebenar kepada golongan bukan Islam. Islam ini bukan hanya ekslusif untuk orang melayu sahaja.

Firman Allah SWT :

Maksudnya; sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan aku adalah tuhanmu, maka sembahlah aku. (Al-Anbiya 92).

Apa yang sepatutnya berlaku kerajaan perlu memainkan peranan semaksima yang mungkin dalam membawa ajaran Islam dan dakwah kepada semua golongan. Mereka sepatutnya sudah memahami Islam jikalau kerajaan benar-benar ikhlas. Oleh itu jikalau ada Individu atau mana-mana pihak yang ingin membawa sinar baru, mereka yang menentang ini seharusnya memberi sokongan apatah lagi banyak ulama-ulama di Malaysia hari ini sering mengeluarkan fatwa yang hanya menyedapkan pemerintah demi kepentingan politik.