Pages

Saturday, 14 September 2013

Kuburkan Masa dan Janji Melayu

Pepatah melayu ada menyebut "masa itu emas" dan pepatah arab mengumpamakan "masa seperti pedang" jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu. Dalam Quran pun menyebut tentang masa dalam surah Al-Asr. Ini mengambarkan betapa pentingnya masa dalam kehidupan ini.

Tetapi sejauh manakah kita menepati masa dalam apa jua urusan. Budaya orang kita sering lewat dari masa yang dijanjikan. Sebagai contoh jika kuliah atau mesyuarat bermula jam 8 pagi, anda pasti boleh lihat orang malaysia terhegeh-hegeh datang lewat sehingga menjangkau 30 minit. Budaya lewat ini bukan sahaja melibatkan individu sehingga tertinggal kapal terbang malah melibatkan institusi besar seperti jadual 'train' dan bas. Anda pasti pernah melalui situasi 'train' yang lewat tiba dan ini akan mengganggu urusan kita yang seterusnya.

Begitu juga dengan jemputan kenduri "datanglah selepas asar...." Ini bermaksud kenduri itu diantara jam 5 petang-7 petang. Jika kenduri bermula jam 5.30 ptg dan bagi mereka yang datang awal contohnya jam 5 petang sudah tentu masa mereka telah rugi setengah jam.

"Insyaallah saya datang" kerap kali kita dengar tapi awas sila tanya dahulu samada Insyaallah Melayu atau betul punya. Kalu Melayu sudah tentu tak datang kerana niat di hati sudah tentu tidak mahu datang tetapi perkataan ini hanya untuk menyedapkan pihak di sebelah sana. Sedarkah anda sebenarnya ia boleh menyusahkan pihak sebelah sana jika kita benar-benar tidak datang. Alangkah baiknya berterus terang " saya tidak boleh datang usrah atau saya tidak mahu datang usrah " kan senang macam ini.

 ubahlah sebelum masa mengubah anda...!!!!

McD Halal Lagi Bersih

Tanpa McD pasti kita kebulur, kenapa ada pihak yg beriya-iya mahukan McD diboikot sedangkan makanan yang disajikan halal lagi bersih. Opsss..!!! Terlupa McD ini merupakan satu rangkaian syarikat yg meyalurkan bantuan secara langsung kepada zionis Amerika untuk menyerang rakyat Palestin. Hmm....tetapi tidak salahkan untuk kita makan kerana JAKIM tidak pernah mengeluarkan fatwa HARAM seperti Syisha baru-baru ini. Namun persoalannya ialah bagaimana perasaan anda bila rakan anda mati dibunuh dengan bantuan dana anda sendiri. Gembira atau Dukacita...???

Ketika berlakunya serangan Israel terhadap Palestin, heboh seluruh kampung kempen boikot McD. Sehinggakan flashmob dibuat disekitar McD sebagai sokongan kempen boikot dan kesannya McD agak kekurangan pelangan. Tetapi perasan tak anda, ketika berakhirnya serangan, McD kembali dikunjungi semula. Tak percaya tengok lah suasana di McD ketika dan selepas serangan. Maka tidak salah untuk kita mengumpamakan kita ini seperti "Pahat dan penukul".

Tahukah anda sebenarnya McD tidak mendapat sambutan di benua Amerika Latin. Semuanya kerana sentimen anti Amerika dikalangan pemimpin dan penduduk disana. McD juga telah muflis di Bolivia setelah beroperasi selama 14 tahun. Ada yg mengatakan, faktor makanan segera tidak sesuai dikalangan rakyat Bolivia. Tetapi bagi saya, tidak kisah la samada makanan itu tidak sesuai ke, allergic ke, bukan resepi kegemaran ke, namun apa yg penting disini adalah untuk memBOIKOT dan sekaligus mengurangkan dana McD kepada Zionis.

Oleh itu bergantung kpd diri anda masing-masing samada mahu terus menjadi pelanggan McD atau tidak.

# Awas..!!!!!! McD disini membawa maksud McDogol bukan McDonalds..Haha