Pages

Saturday, 21 September 2013

Dunia Hari Ini Bukan Dunia Kelentong

 Najib silap, Chin Peng pernah memohon untuk pulang
 -malaysiakini-

Bercanggah dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, bekas rakan Chin Peng dan ahli keluarganya menegaskan bahawa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu telah memohon untuk pulang selepas Perjanjian Damai Hatyai pada 1989.

"Peguam memohon tiga dokumen daripada Kementerian Dalam Negeri apabila Chin Peng pertamakali memfailkan kes (untuk pulang) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang............

 Kesian Piem aku
nak kelentong tu agak-agak la
Rahim Nor pun cakap, dunia akan ketawa dengan tindakan malaysia
Bukan sahaja dunia, Anjing, Lembu, Kerbau pun turut sama ketawa
KahKahKahKah


Sejarah Yang Tak Akan Luput

 Abu Chin Peng Membuka Lembaran Sejarah Baru

Ketika rakyat Malaysia sedang merayakan sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu, dunia dikejutkan dengan kematian bekas setiusaha agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng. Sebelum ini  Kerajaan Malaysia telah menwartakan 16 September sebagai cuti umum Hari Malaysia dan secara tidak langsung bertepatan dengan tarikh kematian Chin Peng. 

Sebahagian anak muda melihat Chin Peng seolah-olah mendapat penghormatan apa yang tidak pernah disangkanya disebabkan cuti umum setiap 16 September. Ada hikmah, kenapa Allah mencabut nyawanya pada tarikh tersebut.

Chin Peng hanyalah insan biasa seperti kita semua namun kematiaannya telah menyebabkan heboh satu Malaysia sehinggakan kerajaan awal-awal lagi telah mengumumkan jasad atau abunya tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke semenanjung. Tindakan kerajaan ini sama seperti tindakan orang tua lama yang masih percayakan tahyul. 

Ketika saya masih budak-budak, kami percaya dengan kata orang tua, kalau terjumpa ular, dan dipukulnya sampai mati, ular itu pasti akan mencari kita kembali dan membawa sial. Betapa takutnya budak-budak, ular yang mati itu akan dibuang jauh-jauh. Begitulah analogi mudah untuk disamakan dengan tindakan kerajaan walaupun beliau sudah tiada tetapi ketakutan padanya masih ada.

Semakin heboh media memberi publisiti meluas kepada Chin Peng dan asyik menonjolkan kezaliman PKM, semakin teruja anak muda ingin mencari kebenaran sejarah. Anak muda hari ini bukan seperti dulu, mereka hari ini mahukan kebenaran dan akan mencari sumber lain sehinggalah hati itu puas akan apa yang dijumpai. 

Ramai pihak hari ini, mempersoalkan adakah sejarah tanah melayu yang ditulis ini adalah benar dan merangkumi semua pihak atau tidak. Mungkin kita pernah mendengar kata-kata bekas Perdana Menteri Britain, Winston Curhill, katanya "History is written by the victors". Maka demikian tidak mustahil apabila kesahihan sesuatu sejarah pasti akan dipertikaikan lebih-lebih lagi oleh pihak oposisi.

Tanah Melayu telah dijajah hampir 502 tahun bermula dari pihak Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris kembali walaupun ada beberapa orang yang kononnya bertaraf profesor dari universti entah berentah mengatakan kita tidak pernah dijajah. Lembu dan Kerbau pun pasti tergolek dog mendengarnya kerana mereka merasakan lagi cerdik dari profesor ini.

Di awal penjajahan Inggeris, kebanyakan penentangan adalah bersifat kelompok atau individu contohnya Tok Janggut di kelantan, Tok Bahaman di pahang, Maharajalela di Perak dan beberapa lagi indivudu lain. Penentangan berbentuk ini tidak membawa impak yang besar. 

Oleh itu rakyat melihat bahawa penentangan secara kumpulan yang besar harus dibentuk untuk memberi tekanan yang kuat kepada imperialis British. Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah ditangan Empayar British kufar sehingga terbentuknya negara haram Israel, kebencian terhadap British semakin meluak. Sesetengah pihak melihat saingan kepada empayar British kufar diwaktu itu ialah Komunis (Rusia dan China).

Kesepakatan dibentuk dengan Komunis bagi mendapatkan bantuan dari aspek teknikal, politik dan juga logistik kerana inilah ruang untuk menguatkan organisasi bagi menentang British. Ketika inilah terbentuknya Rejimen ke-10, Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),  PKM, Angkatan Wanita Sedar (AWAS), BATAS dan banyak lagi bagi menuntut kemerdekaan dari British. Kemudian mereka membentuk satu gabungan kuat yang terdiri daripada pelbagai parti politik serta pelbagai kaum yang dinamakan AMCJA-PUTERA. 

Ketika penentangan terhadap Malayan Union tercetus sehinggakan British menawarkan kemerdekanan kepada para pemimpin Umno untuk hak berkerajaan sementara tetapi, Umno telah menolak tawaran kemerdekaan daripada pihak British pada masa itu dengan mengatakan bahawa mereka masih belum bersedia untuk menikmati kemerdekaan Malaya. Malah seorang pemimpin Umno pada masa itu pernah menyebut, “buat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka?” Inilah merupakan kali yang pertama Umno telah mengkhianati kemerdekaan untuk negara kita pada masa itu.

PUTERA dan AMCJA telah mengambil inisiatif untuk meneruskan perjuangan mereka biarpun tanpa Umno. Mereka telah berjaya menubuhkan perlembagaan rakyat yang pertama kalinya pada tahun 1947 dan digubal oleh orang tempatan sebagai satu hujah untuk menuntut kemerdekaan. Malangnya Umno mendesak British menghalang tuntutan ini dan akhirnya British mengistiharkan AMCJA-PUTERA sebagai pertubuhan haram. Sebilangan mereka ditangkap dan ada yang sempat melarikan diri. Abdullah CD, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Chin Peng, Wahi Anuar dan ramai lagi melarikan diri dan mengangkat senjata menentang British. 

Saya melihat 'komunis' hanyalah nama yang dilabelkan kepada golongan ini oleh British bagi menakut-nakutkan rakyat ketika itu tetapi hakikatnya bagi saya label yang sepatutnya adalah 'golongan haluan kiri'. Walaupun bekerjasama dan mendapat bantuan logistik dan teknikal daripada komunis China tetapi hakikatnya ia berbeza dengan komunis China. 

British dengan ideologi Kapitalis mereka berjaya meracuni pemikiran masyarakat bahawa komunis ini adalah organsasi yang tidak percayakan agama. Propaganda ini bertujuaan untuk menjauhkan sokongan orang ramai terhadap golongan haluan kiri yang dilabel sebagai Komunis. Tetapi sebaliknya berlaku kerana apa yang didakwa itu tidak benar kerana, dakwah tetap berjalan di hutan ketika itu. Ramai juga yang masuk Islam antaranya Eng Min Chin atau Suriani Abdullah. Malah di Perkampungan Perdamaian Chulaborn, kita masih boleh melihat bagaimana Islam itu diterapkan kepada anak-anak mereka, dengan adanya sistem sekolah agama dan sebagainya.

Dalam 'Memoir Abdullah CD' jilid satu dinyatakan bagaimana ketika itu bagi memburukkan golongan haluan kiri, British telah merancang dengan menyuruh satu pihak yang digelar 'kumpulan parang panjang' untuk membuat huru-hara dan rusuhan dikampung-kampung. Akhirnya British mendakwa ia dicetuskan oleh golongan kiri. Strategi ini dianamakan 'false-flag' yang pernah saya ceritakan sebelum ini bagaimana 'false-flag' diaplikasikan di Asia Tengah ketika ini. Pertempuran dengan British berlarutan sehingalah rundingan Baling 1955 antara  golongan kiri dengan Tunku Abdul Rahman serta British.

Menurut seorang rakan Chin Peng yang masih hidup, Lao Chiang yang dipetik Malaysiakini berkata, 'kegagalan rundingan Baling kerana Tunku tidak bersetuju untuk membenarkan kami bebas, jika Chin Peng bersetuju dengan syarat Tunku, kesemua kami akan didakwa dengan satu tuduhan jenayah atau tuduhan lain'. Ini mengambarkan kepada kita golongan kiri tiada pilihan lain dan terpaksa meneruskan pertempuran dengan British di hutan.

Hari ini Malaysia suadah jauh ke hadapan, perjuangan haluan kiri sudah lama tiada sejak termeterainya rundingan damai 1989 di Hat Yai. Kemerdekaan yang dicapai oleh negara kita bukan hanya melibatkan satu pihak sahaja atau milik individu. Semua pihak berhak diberikan pengiktirafan, Tidakkah kerana penentangan meraka terhadap British sehinggakan British terpaksa memberikan kemerdekaan akibat tekanan yang berterusan. Tidak salah untuk kita mengiktiraf perjuangan Tunku Abdul Rahman dan rakannya tetapi bagaimana pula yang lain?

Atas jasa golongan kiri inilah, Henry Gurney yang berumur 53 tahun ketika itu, merupakan bekas Ketua Setiausaha Pentadbiran Inggeris di Palestin sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948 berjaya dibunuh di Bukit Fraser. Beliau merupakan antara dalang penubuhan negara haram Israel. Malah ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu golongan ini juga mengorbankan nyawa untuk mempertahankan tanah air sebaliknya British meninggalkan kita tanpa rasa tanggungjawab.

Sudah tiba masanya Kerajaan Malaysia harus keluar dari konkongan lama, tidak perlu lagi memainkan sentimen perasaaan bekas tentera, polis dan mana-mana pihak. Persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan ialah kenapa kerajaan tidak mahu memaafkan golongan kiri walaupun tidak dinafikan mereka juga ada kesilapan. Namun pada masa sama boleh berjabat tangan dengan pemimpin komunis China yang pernah menaja perjuanagan PKM ketika itu dan kerajaan juga boleh membina hubungan akrab dengan British sedangkan British bukan sahaja menjajah malah mengirup kekayaan hasil bumi negara kita. Yang berlalu itu biarlah berlalu, sukarkah untuk kita mengungkapkan perkataan "AKU MAAFKAN KAMU".

 

Realiti Pertembungan 'Reformis' dan 'Konservatif' Dalam Pas

Ada yang menganggap ini pertembungan ulama dan profesional
Sebenarnya tidak
Ini pertembungan antara golongan reformis dan konservatif
Konservatif mahukan cara politik lama dan status quo
Reformis mahukan pembaharuan sesuai dengan keadaan semasa
Kedua-duanya masih mengikut syariat islam
Jangan polemikkan Islam

Sallahuddin Ayub, Muhammad Al-Fatih, Nuruddin Az-Zanggi dan Saifuddin Qutus
Mereka bukan dari golongan Juhala dan bukan juga dari golongan ulama 
Namun mereka merupakan pimpinan yang mendepani cabaran zaman mereka 


 Ibn Taimiyyah dan anak muridnya Ibn Qayyim atau Shah Wali Allah Delhi 
Mereka ulama’ mujtahidiin wa mujahidin, yang mampu memutuskan hukum
Pada masa sama mempunyai ketangkasan dan kepimpinan yang sukar ditandingi Mereka juga mempunyai ketajaman bacaan politik dan hal ehwal semasa

Isunya disini, pilihlah golongan yang mampu mendepani cabaran zaman
Bukan kerana 'title' ulama atau profesional
Kalu tak faham juga, sila tanya lebai Google baca sejarah Islam 
Ulama yang tidak progresif duduk belakang
Yang progresif duduk depan
Begitu juga dengan golongan profesional
Jangan nak buat tunjuk pandai tapi hakikatnya tak pandai
Ada Paham..!!!!!
Tak Paham tengok video bawah ni....