Kretiviti Pelancongan Sungai Mekong Boleh Ditiru Di Sungai Terengganu
Pembangunan dan kejayaan sesebuah negara bukan sahaja bergantung kepada
modal semula jadi seperti hasil hutan dan petroleum. Ia juga begantung
kepada kretiviti penduduk dalam mengolah landskap semula jadi supaya
menjadi satu industri pelancongan.
Pelancong berpusu menyeberangi Sungai Mekong |
Industri pelancongan
merupakan salah satu industri yang amat menguntungkan dalam membangunkan
ekonomi rakyat serta negara. Contohnya seperti Vietnam dimana rakyat
mereka tidak pernah kekeringan idea dalam menjana kretiviti.
Mungkin salah satu sebab bagaimana otak mereka ligat berfikir kerana
inflasi yang tinggi dan peluang pekerjaan yang kurang maka ini
mewujudkan situasi 'mendesak' untuk keluar dari kepompong kemiskinan.
Teori Keusahawan atau 'entrepreneurship' itu sendiri mengatakan bahawa
ushawan itu wujud disesbakan dua faktor, yang pertama peluang yang
disediakan dan yang kedua atas desakan hidup.
Vietnam sebuah
negara berfahaman komunis yang dianggap tertutup dan kolot oleh negara
berfahaman kapitalis dan sosialis. Tetapi apa yang jelas, rakyat negara
itu kreatif dalam menggunakan bahan atau pun modal tempatan untuk
menambahkan tabung ekonomi mereka.
Industri kecil sederhana (IKS) pembuatan makanan berasakan kelapa |
Hal ini terbukti, misalnya
macam mana mereka memanfaatkan Sungai Mekong sebagai daya tarikan
pelancong dan sekaligus aktiviti pelancongan yang diusahakan bagi
menambah ekonomi rakyat setempat. Sungai Mekong yang sepanjang 4,350 km
yang melalui enam buah negara, Thailand, Cambodia, Laos, China, Myanmar,
dan Vietnam merupakan sungai terpanjang di Asia Tenggara.
Sungai Mekong bukan saja memiliki 3,000 jenis khazanah di dasarnya yang
boleh dimanfaatkan, tetapi ada ruang dan celah lain yang boleh dijadikan
sumber pendapatan. Yang penting rakyat rajin dan mahu berfikir. Rakyat
Vietnam benar-benar menggunakan kewujudan sungai Mekong untuk
kepentingan hidup mereka.
Pusat penghasilan madu di pulau Con Phung |
Setiap hari kita boleh melihat
ratusan pelancong sehingga boleh mencecah ribuan orang datang melawat
dan menghayati keindahan alam serta kretiviti masyarakat disini. Bermula
di jeti My Tho sebuah pekan kecil pinggir muara Sungai Mekong,
pelancong akan dibawa dengan bot kayu menyeberangi sungai sehinggalah
tiba ke pulau Con Phung.
Disini pelancong akan dibawa dari satu
destinasi ke satu destinasi, bermula di 'cocunut candy workshop' dimana
pelancong disajikan dengan pembuatan makanan daripada kelapa seperti
coklat dan manisan. Selain itu pelbagai cenderamata yang diperbuat
daripada kelapa turut dijual disini. Kemudian mereka dibawa ke pusat
pembuatan madu lebah sambil disajikan dengan teh madu percuma. Sajian
ini sebenarnya salah satu cara untuk memikat hati pelancong supaya
membeli produk mereka.
Dipulau ini juga terdapat sebuah pasar
seperti pasar minggu yang menjual pelbagai produk yang dihasilkan
melalui kretiviti mereka seperti kain, baju, beg tangan serta
cenderamata. Kepada pelancong yang baru sampai disini tidak perlu kekok
untuk menawarkan sehingga 70 peratus.
Pasar yang menjual pelbagai barangan beg, kain dan cenderamata |
Disebalik pulau ini
terdapat sebuah anak sungai kecil yang membelah sehingga menuju ke muara
sungai Mekong. Kawasan yang dipenuhi pohon nipah ini dijadikan tempat
mudik pelancong sehingga ke muara sungai sepanjang kira-kira 1 kilometer
dimana disitu kita akan kembali ke bot kayu yang sedia menanti. Tidak
pelik jikalau kita melihat wanita dan anak dara comel yang memudik
perahu kecil tersebut kerana ia merupakan pekerjaan tetap meraka dalam
meneruskan kehidupan.
Disini disediakan ratusan perahu kecil
untuk membawa pelancong bagi menikmati keindahan alam hijau semula jadi.
Pelancong yang terbiasa dengan kehidupan dalam kota batu akan terpegun
sampai di sini. Pemandangan semula jadi di kiri kanan, di mana dipenuhi
dengan pokok nipah semak samun lain serta pokok buah-buahan benar-benar
meruja dan menyenangkan emosi.
Pelancong sedang menunggu kolek untuk dibawa menyusuri sungai yang dikelilingi pohon nipah |
Ketika mana sepanjang menyusuri
anak sungai ini, otak ini melayang alangkah indahnya jikalau idea ini
dipraktikkan di Malaysia khususnya negeri Terengganu tercinta. Terenggau
juga mempunyai permandangan yang baik terutamanya disekitar Sungai
Terengganu dan ditambah pula dengan kretiviti yang masih ada dikalangan
penduduk Terengganu. Kretiviti ini boleh diekspolatasikan dalam menarik
pelancong ke negeri ini.
Walaupun di Sungai Terengganu sudah
sedia ada bot atau cruise yang menyediakan perkhidmatan menyusuri
sekitar muara sungai bermula di Pulau Wan Man namun saya melihat
pelancong hanya dibawa menyusuri sahaja tanpa singgah ke
destinasi-destinasi menarik. Mungkin sebuah cruise yang siap dengan
restoran boleh diwujudkan untuk menyusuri sungai Terengganu
sungai ini dipenuhi kolek kecil seperti sebuah pesta |
Sebenarnya Terengganu tidak lekang daripada tempat-tempat menarik dan
kretiviti rakyatnya seperti industri pembuatan bot kayu di pulau duyong,
dan pembuatan kerepok lekor di Losong. Apa yang perlu ditambah disini
ialah bot yang menyusuri sungai harus singgah ke destinasi tersebut
untuk memberi peluang pelancong mendekati kretiviti rakyat disambing
membeli barangan seperti keropok lekor. Dan tidak salah juga untuk bot
itu singgah di Pasar Payang sekaligus membantu ekonomi peniaga disana.
Kerajaan juga perlu menggalakkan rakyatnya supaya menjadikan diri
sebagai usahawan disekitar sungai Terengganu bilamana produk pelancongan
sungai ini benar-benar diaktifkan disamping menyediakan kemuadahan asas
seperti jeti.
kesesakan yang memerlukan kemahiran mengayuh |
Selain itu dalam mengelakkan terhapusnya industri
Beca diTerengganu, Kerajaan seharusnya menjadikan beca sebagai satu
produk perlancongan dimana disediakan satu kaunter kupon. dengan satu
kupon contohnya berharga RM5, pelancong akan dibawa mengelilingi bandar
Kuala Terengganu terutamanya sekitar dataran Syahbandar. Ia secara tidak
langsung dapat membantu kembali mengangkat pengusaha beca yang semakin
hari semakin suram hari ini.
Barang kali elok juga agensi
pelancongan negeri berkunjung ke Vietnam dan mencuba menaiki kolek
sungai Mekong dan anak sungai tersebut itu. kemudian berfikir macam mana
untuk membawa balik aktiviti pelancongan itu ke sini. Rasanya daripada
mengadakan kunjungan ke Eropah, Asia Tengah dan sebagainya, baik ke
sungai Mekong sahaja. Ia juga dekat dan murah.