Monday, 21 October 2013
Pemilihan Naib Presiden Umno
Hishamuddin Bakal Jadi PM Selepas Najib..
Hishammudin Hussein |
Ini Buktinya Seperti mana diramalkan, Pasukan Trio dapat mengekalkan jawatan Naib
Presiden Umno semalam dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi mendapat 186 undi, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk
Seri Shafie Apdal mendapat 175 undi dan Menteri Pertahanan,Datuk Seri
Hishammuddin Hussein mendapat 101 undi.
Manakala yang kalah ialah Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir yang
mendapat 91 undi, Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad mendapat 8 undi dan
Pengerusi PUNB, Datuk Seri Ali Rustam mendapat 7 undi.
Bagi tiga tahun akan datang, ketiga-tiga pemenang
Naib Presiden ini adalah bakal Timbalan Perdana Menteri jika apa-apa
berlaku kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Yang jelas kepada kita, jika apa-apa berlaku kepada Muhyiddin, Najib
kena lantik Timbalan Perdana Menteri yang baru sama ada Zahid atau
Shafie atau Hishamuddin. Sudah pasti Najib akan lantik sepupunya,
Hishammuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru seperti mana Tun
Razak memilih birasnya, Tun Hussein Onn pada tahun 1973 selepas
kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman walaupun dua orang lagi Naib
Presiden Umno, Tun Sardon Jubir dan Tun Ghafar Baba mendapat undi yang
lebih tinggi dari undi Hussein Onn.
Walaupun undi Zahid dan Shafie meninggalkan jauh Hishamuddin (85 undi
dan 74 undi) tetapi ia tidak menjamin Zahid akan menjadi Timbalan
Perdana Menteri yang baru kerana Najib ada tiga calon untuk dilantik
sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.
Justru itu kemenangan semula Hishamuddin mengesahkan bahawa beliaulah
bakal Perdana Menteri selepas Najib. Kenapa undi Hishammuddin jauh
ditinggalkan dua ahli Pasukan Trio? 74 undi memanglah undi yang besar
ditinggalkan Shafie. Sepatutnya mereka mendapat undi yang sama banyak
kerana mereka dikatakan berkempen secara berpasukan. Kenapa terjadi
begini?
Adakah Hishamuddin kena main dengan Zahid dan Shafie? Di Johor, negeri
Hishamuddin, Pasukan Trio hampir menyapu bersih tetapi di Perak, Zahid
tidak dapat memberi Pasukan Trio keputusan seperti di Johor. Begitu juga
Shafie gagal memberi Pasukan Trio menyapu bersih di Sabah.
Hishamuddin nyaris kalah 10 undi kepada Mukhriz yang bergerak secara
solo. Tetapi dari segi undi popular, Mukhriz mengatasi undi popular
Hishamuddin. Jika satu undi dikira secara undi popular, pemenang ketiga
Naib Presiden ialah Mukhriz.
Menyelamatkan
Akan tetapi sistem “electoral college” menyelamatkan Hishamuddin. Soal
Hishamuddin kena main dengan dua ahli Pasukan Trio tidak timbul kerana
perwakilan kurang puas hati dengan prestasinya yag dikatakan sebagai
menteri yang lembik. Sebab itulah undinya jauh ditinggalkan Zahid dan
Shafie.
Shafie menang besar kerana Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman
tidak jadi bertanding Naib Presiden Umno. Jika Musa masuk, sudah tentu
Mukhriz menang.
Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad sehari sebelum mengundi, Mukhriz
sukar menang kerana beliau tidak direstui presiden parti. Dr Mahathir
menang Naib Presiden Umno pada tahun 1975 kerana direstui Tun Razak yang
menjadi Presiden Umno ketika itu.
Bagaimana Najib mahu merestui Mukhriz kerana beliau bimbang jika beliau merestui Mukhriz, sepupunya Hishamuddin akan kalah.
Seperti dakwaan ramai orang di malam akhir banyak chai yang dihantar ke
bahagian-bahagian kononnya direstui oleh pihak atas yang mahu Pasukan
Trio dikekalkan. Buktinya, Umno Bahagian Pekan yang diketuai Najib
mengundi Zahid-Shafie-Hishamudddin. Begitu juga Bahagian Pagoh yang
diketuai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin dan Bahagian Putrajaya yang
diketuai Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Mukhriz bergerak secara solo dan mampu mendapat 91 undi merupakan satu kemenangan moral walaupun kalah.
Perwakilan Umno belum dapat membuat transformasi sepenuhnya. Jika
Mukhriz menang semalam, beliau mencatat sejarah kerana dipilih Naib
Presiden Umno tanpa pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno terlebih
dahulu. Nampaknya Umno tidak menerima proses ini. Seseorang itu perlu
jadi ahli majlis tertinggi terlebih dahulu baru dipilih menjadi Naib
Presiden Umno.
Mukhriz ada harapan untuk menang tiga tahun lagi kerana dia sudah ada 91
undi. Beliau perlu bergerak menawan undi dari lain-lain bahagian di
Johor dan Pahang yang banyak tidak memenangkan Mukhriz.
Pada tahun 2016, Mukhriz akan berhadapan dengan Khairy Jamaluddin dalam
pertandingan Naib Presiden Umno kerana ketika itu Khairy akan melepaskan
jawatan Ketua Pemuda.
Mukhriz terbukti mengikut jejak langkah Dr Mahathir yang tewas dalam
pertandingan Naib Presiden Umno buat kali pertama pada tahun 1972. Dr
Mahathir menang dalam percubaan keduanya pada tahun 1975. Barangkali
percubaan kedua Mukhriz pada tahun 2016 akan membuahkan hasil.
Salah satu faktor kekalahan Mukhriz adalah kerana beliau tidak dapat
sokongan dari Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita, Datuk
Seri Shahrizat Jalil yang mahu mengekalkan Pasukan Trio sebagai Naib
Presiden Umno. Oleh itu Mukhriz puas hati kalah kerana beliau bergerak
secara solo dan bukannya berpasukan. ~fmt
Konvensyen Tanah dan Perbandaraan Kebangsaan di Shah Alam
7 resolusi Konvensyen Tanah Kebangsaan
Konvensyen tanah kebangsaan di Dewan Jubli Perak SUK |
1- Konvensyen mencadangkan agar maklumat status hak milik tanah dan
informasi berkaitan diberi akses secara telus. Peralihan rekod secara
fail ke bentuk digital harus di segerakan ke seluruh negara.
2-
Konvensyen juga menggesa agar isu pemajakan pemilikan tanah dalam
rancangan Felda; Felcra; Rancangan pembangunan tanah negeri serta tanah
orang asal dapat dipantau dan keadilan pemilikan tanah mereka terjamin.
3-
Konvensyen mencadangkan satu kaedah untuk menghimpunkan bank tanah bagi
tujuan memajukan tanah rezab Melayu yang terbiar dan tidak dimajukan.
4-
Konvensyen mencadangkan kewujudan tabung dana pengurusan hartanah
berkonsepkan syariah untuk menguruskan tanah rezab Melayu.
5-
Kerajaan-kerajaan negeri perlu mengganti balik tanah-tanah rezab Melayu
yang telah diambil balik dengan keluasan yang sama atau lebih.
6-
Konvensyen mencadangkan agar negeri Selat Pulau Pinang dan Melaka yang
tiada peruntukkan tanah rezab Melayu mempunyai mekanisma alternatif
dengan tujuan mengekalkan tanah warisan orang Melayu dan perkampung
warisan Melayu daripada diambil alih dan bertukar hak milik kepada pihak
lain.
7- Konvesnyen mencadangkan kerajaan negeri membenarkan
tanah kosong dan terbiar sama ada tanah Rezab Melayu, milik persendirian
atau milik kerajaan negeri diberi kebenaran sementara untuk dibangunakn
atau dimajukan secara kooperatif atau kolektif
Sejak awal kemerdekaan, tanah melayu tidak pernah diperintah oleh mana-mana parti melainkan perti ketuanan melayu.
Hebatnya parti ini mempertahankan hak melayu akhirnya tanah rezab melayu menyusut dan terhakis sedikit
demi sedikit.
Ke mana pergi tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh
penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak
milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin ketuanan melayu.
Tahun 1985 sahaja
tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar.Tetapi pada waktu sekarang, mungkin sudah tinggal sejengkal? Tahniah, Tidak Sia-Sia kita memberi undi padanya.
Hidup pun cari tanah, mati pun cari tanah. Banyak susah ma... Tanah pusaka pun dikelentong sama sendiri apatah lagi orang lain. KahKahKahKah
Subscribe to:
Posts (Atom)