SEKETARIAT BUDAK MECHY (JAUHKAN KRONISMA DALAM SUKAN SAF)
Sebaik sahaja saya melangkah ke IPTA di sebuah Negeri Atas Angin untuk melanjutkan pengajianku di peringkat Ijazah, saya melihat satu suasana yang cukup baik dikalangan rakan-rakanku berbanding ketika mereka di Negeri Atas Air. Sebelum ini ketika pengajian Diploma di Negeri Atas Air, kebanyakan kehidupan mereka hanya berkisar belajar semata-mata tanpa menghiraukan aktiviti Persatuan, Sekretariat, Organisasi, Exco dan macam-macam lagilah. Situasi inilah yang menyebabkan saya teruja untuk bertanya kepada mereka kenapa mereka tetiba bergiat aktif tidak seperti sebelum ini.
Bermacam-macam jawapan yang Saya terima, ada yang mahukan pendedahan berorganisasi, mahukan ilmu dalam mentadbir, dan sebagainya. Namun disebalik jawapan tersebut ada juga sebahagian yang memberikan jawapan, bahawa mereka inginkan KI (kemahiran Insaniah) semata-mata untuk melengkapkan merit dan mata sahaja bukan kerana atas dasar tangungjwab sepenuhnya. Saya mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang menjalankan tugas atas dasar tangungjawab tetapi tidak kepada mereka yang gilakan jawatan semata-mata mahukan popuriti dan merit sahaja.
Oleh kerana anda sanggup menerima jawatan-jawatan ini maka saya menyeru supaya anda harus berlapang dada dalam menerima kritikan dari mana-mana pihak terutamanya pelajar. Ini penting kerana cemerlangnya diri anda dalam menguruskan organisasi maka yang mendapat habuannya bukan sahaja kami tetapi diri anda juga.
Pemilihan SAF (Mechy)
SAF merupakan Sukan Antara Fakulti dimana ia merupakan satu aktiviti yang cukup baik untuk mencungkil bakat dan mengalakkan pelajar bersukan. Sebelum SAF bermula sudah tentu setiap fakulti akan membuat pemilihan untuk mencari atlet bagi mewakili fakulti masing-masing. Saya disini hanya ingin menegur sistem pemilihan Fakulti Mekanikal yang bagi saya dan bukan sahaja saya tetapi ramai pelajar juga melihat ia agak pincang dan bersifat kronisma. Ramai rakan-rakan saya mengadu tentang hal ini kerana mereka dinafikan hak untuk mewakili fakulti walaupun berbakat dan melepasi ujian pemilihan.
Apa yang ingin diketengahkan disini ialah pihak pelajar seketariat I-Mechy seharusnya menganjurkan sukan diantara pelajar Mekanikal sahaja sebelum SAF bermula. Ini penting supaya kita dapat melihat siapakah yang mempunyai bakat yang sebenarnya bukan hanya membuat ujian pemilihan yang bersifat kronisma yang akan diterangkan nanti. Bagaimana mungkin pelajar mampu menonjolkan bakatnya sedangkan masa dan ruang yang diberikan ketika pemilihan agak terhad. Saya sendiri tidak berpuas hati dan bertanya kepada seorang seketariat yang menguruskan hal ini, kenapa tidak diadakan sukan diantara pelajar mekanikal sebelum SAF bermula. Alasannya ialah kita kesuntukan masa dan sukan SAF ini diadakan terlalu awal. Pesanan saya sepatutnya mereka seharusnya 'cakna' dengan hal dan perkembangan aktiviti semasa. Adalah tidak masuk akal jikalau sukan SAF itu dirancang secara tiba-tiba oleh pihak atasan.
Dipinggirkan mewakili Bowling
Ketika pemilihan sukan bowling untuk pelajar mekanikal, seorang teman yang hanya mahu dikenali sebagai 'Dino' meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana ketika pemilihan, beliau layak secara merit untuk mewakili fakulti. Namun malang menimpanya kerana pihak pengurusan hanya melatakkannya sebagai pemain simpanan dan pada masa sama seorang pelajar yang rankingnya dibawah 'Dino' dipilih sebagai pemain utama. Alasan yang diberikan agak dangkal dan tidak mengambarkan seorang mahasiswa yang cerdik, katanya budak ini pernah mewakili fakulti pada semester sebelum ini dan dia berhak diberikan ruang. Saya hanya tergelak KAHKAHKAH bila diberitahu oleh 'Dino'. Kalu la ini alasanya kenapa Zidane, Figo, Ronaldo Gemuk tidak dipilih semula untuk mewakili negara masing-masing sedangkan mereka ini bekas pemain terbaik dunia. Cukup-cukup lah tu bagi alasan bodoh, kita harus melihat prestasi semasa bukan yang lepas.
Dinafikan untuk mewakili Petanque
Begitu juga nasib yang menimpa seorang rakan pada SAF tahun lepas. Beliau yang hanya ingin dikenali sebagai 'Yopu', bukan nama sebenar. Minatnya terhadap Petanque bukan main mendalam namun bakatnya dinafikan oleh sifat kronisma atau Awok-awok. Ketika dihari pemilihan, yang datang semuanya muka-muka baru yang inginkan ruang untuk bersukan. kata seorang Kordinator disitu anda semua akan terpilih kerana yang datang hari ini pun cukup-cukup.
Namun sebaliknya yang berlaku "Disangka panas hingga ke petang rupanya salji di tengah hari", keesokannya datang beberapa ayam lama atau otai yang tersengih-sengih seperti merakalah lagenda Petanque dunia dan apa yang disangka memang sah, merekalah yang terpilih. Betapa hancurnya perasaan budak lain, sudahlah, pemilihan tak datang. Ini semua POYO..!!!!!!
Seorang teman yang mewakili kolej dalam sukan bola sepak apabila ditanya, "Mung g dop pemilihan Futsal Mechy Malam", tanpa habis nafas, terus dia menyampuk, "kroni semua tu". Jikalau begitulah maksudnya, diriku ini hanya diam membisu dan mengeleng-gelengkan kepala. Terdetik di kepala ini, macam mana mereka membuat pemilihan pemain, aspek apakah yang diambil kira, sedangkan waktu yang agak singkat. Alangkah indahnya jikalau pertandingan futsal dikalangan pelajar mekanikal diadakan sebelum SAF, sudah pasti setiap orang mampu memperagakan aksi masing-masing supaya terpilih mewakili fakulti.
Tarik Tali
Ketika otak ini sedang meroyan-royan memikirkan nasib rakyat sebuah negara di Afrika yang dibebankan dengan kenaikan harga gandum dan minyak lintah, tetiba datang seorang rakan yang juga Seketariat yang menguruskan acara tarik tali. Dia bertanya, "Oit..!!! macam mana nak uruskan pemilihan tarik tali, aku pening ni, kita mahu sepuluh orang, tetapi yang ada 15 orang". Hanya senyum sipu-sipu sahaja yang mampu kupaparkan sambil dikepala ini mencari idea, "Ko timbang je la sorang-sorang tu guna dacing, pilihlah yang badan berat-berat, kan senang kerja".
Pihak seketariat harus membuka mata dan memilih seseorang berdasarkan prestasi bukan kerana dia kawan aku, dia ayam lama, dia pernah mewakili Asia atau apa-apa je lah, dah tak larat nak tulis. Dalam kelas tadi pun, apabila ditanya oleh pensyarah, kamu semua tak main SAF ke, semua pelajar menyampuk, INI SEMUA KRONI.....!!!!!!!!!!!!!!!! Walaubagaimanapun ada juga sukan yang pemilihannya berjaya diuruskan secara baik, tahniah diucapkan tetapi kepada pihak masih bersifat kronisma, tiada tahniah untukmu.
Sudah tiba masanya kepada sesiapa yang terlibat dalam hal ehwal rumah tangga ini, perlu mencari idea untuk menyelesaikan hal ini kerana jikalau ia berlarutan ke semester-semester yang seterusnya, Ia boleh membantut minat dan bakat pelajar yang ingin terlibat dalam SAF.
Antara cadangan yang terbaik ialah, anjurkan sukan antara pelajar fakulti mekanikal dahulu, Jangan jadikan alasan bahawa anda sibuk, tak sempat nak menguruskannya kerana anda yang sudi menerima jawatan ini maka anda juga harus sanggup menghadapi kesibukan ini. Akhir kalam, jalankanlah tugas anda dengan baik dan semoga mendapat keberkatan dalam apa jua urusan.