Pages

Monday 16 September 2013

Bantahan NGO-pro Melayu terhadap Dialog Dr Mujahid dan Pihak Gereja Tidak Wajar

Dipetik daripada Malaysiakini, sekumpulan NGO pro-Melayu membantah penganjuran majlis dialog anjuran MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa bersama sekumpulan penganut Kristian yang dijadualkan berlangsung esok di Pulau Pinang. Laporan Mingguan Malaysia hari ini memetik kenyataan jurucakap kumpulan aktivis tersebut, Azmi Jaafar yang berkata dialog tersebut sepatutnya menampilkan tokoh yang arif mengenai Islam dan bukannya pemimpin politik seperti Mujahid.Tambahnya lagi beliau bimbang dialog itu menjadi agenda politik sehingga sanggup mengadaikan Islam.

Alangkah dangkalnya pandangan beliau kerana jikalau beliau bimbang ia boleh menjadi agenda politik, beliau boleh hadir sebagai pemerhati atau menawarkan diri sebagai ahli panel. Selain itu dialog ini juga adalah bersifat terbuka bukan tertutup.


Hubungan antara kaum di negara kita sering kali dipolemikkan dengan pelbagai isu yang sensitif seperti kepala babi, kepala lembu, hukum menggunakan nama Allah, hukum orang bukan Islam masuk Surau, Isu anjing dan sebagainya. Seekor lembu pernah mengadu dan meluahkan kekecewaan kerana melihat masyarakat hari ini memainkan isu-isu sensitif semata-mata untuk mengekalkan tampuk kuasa. Kita harus sedar bahawa bukan sahaja kita sebgai manusia malah haiwan serta tumbuhan juga mahukan kedamaiaan.

Usaha Dialog ini adalah satu usaha yang baik untuk kita mempekenalkan dan membawa ajaran Islam yang sebenar kepada golongan bukan Islam. Islam ini bukan hanya ekslusif untuk orang melayu sahaja.

Firman Allah SWT :

Maksudnya; sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kamu semua, agama yang satu dan aku adalah tuhanmu, maka sembahlah aku. (Al-Anbiya 92).

Apa yang sepatutnya berlaku kerajaan perlu memainkan peranan semaksima yang mungkin dalam membawa ajaran Islam dan dakwah kepada semua golongan. Mereka sepatutnya sudah memahami Islam jikalau kerajaan benar-benar ikhlas. Oleh itu jikalau ada Individu atau mana-mana pihak yang ingin membawa sinar baru, mereka yang menentang ini seharusnya memberi sokongan apatah lagi banyak ulama-ulama di Malaysia hari ini sering mengeluarkan fatwa yang hanya menyedapkan pemerintah demi kepentingan politik.


No comments:

Post a Comment