Pages

Wednesday, 29 January 2014

Kuasa Politik ketiga atau 'Third Force Politics'

Dengan suasana politik yang tidak menentu hari ini, saya menjangkakan tidak mustahil kuasa politik ketiga atau 'Third Force Politics' akan muncul dan akan mengambil tempat sebagai penganti kepada parti politik sedia ada. Ini disebabkan rakyat terutamanya anak muda semakin hari semakin hilang keyakinan terhadap parti-parti politik samada dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

UMNO BN dengan masalah janji yang sering dicapati dan tidak mampu mengawal kenaikan kos hidup yang semakin melambung, menteri termasuk ayahnda PM juga asyik bercakap merapu seolah-olah Kambing lagi cerdik walaupun tiada akal. Pakatan Rakyat pula sering gagal dalam mencapai konsensus sesama sendiri ditambah pula dengan kemunculan geng atau chai dalam parti masing-masing yang sentiasa membawa pemikiran yang tidak selari dengan kehendak pemimpin atasan.

Kemunculan kuasa politik ketiga bukanlah perkara asing kerana ia pernah berlaku dalam kerangka politik yang matang dan maju seperti Amerika Syarikat dan England (Parti Liberal Demokrat). Malah Parti Thai Rak Thai adalah salah satu contoh kuasa ketiga di Thailand sehingga memenagi pilihanraya ketika era Thaksin Shinawatra. Ini semua hanya mampu berlaku dengan gerak kerja politik yang bersungguh selama beberapa tahun, seperti yang dihuraikan di dalam buku - Third Force Politics: Liberal Democrats at the Grassroots.
-suraupanjang-

Tuesday, 7 January 2014

Nasib Ibu Tunggal

Terbelakah Nasib Ibu Tunggal?

Kenapa wujudnya persatuan ibu tunggal di Malaysia? Satu persoalan yang harus kita fikirkan demi kebaikan bersama. Tidak dinafikan antara sebab mengapa wujudnya persatuan ini adalah untuk membela nasib mereka sendiri yang diabaikan oleh pihak lelaki. Secara jujurnya jikalau ditanya kepada mereka 'adakah mereka ingin kahwin lagi' pasti mereka mahu tetapi persoalannya berapa ramaikah lelaki yang ingin memperisterikan mereka. Lainlah jikalau ibu tunggal ini seperti Cik Ta, pasti tiada masalah. Sedangkan majoriti ibu tunggal adalah golongan yang memerlukan simpati dan bantuan.

Sebagai lelaki yang sudah beristeri dan mempunyai niat untuk berpoligami, seharusnya pilihlah ibu tunggal sebagai pilihan. Kenapa perlu mencari 'si dara' lagi. Tak ada gunanya kita membangga diri mempunya 2@3@4 isteri tetapi semuanya anak dara kerana keperluan ibu tunggal jauh perlu diberi perhatian. Kenapa saya berkata demikian, dalilnya kerana wujudnya persatuan ibu tunggal tetapi tidak pernah kita mendengar persatuan anak dara.

Seruan ini ditujukan kepada golongan lelaki terutamanya yang sudah berkahwin dan ingin berpoligami tidak kiralah mereka ini agamawan atau profesional. Jangan asyik berniat nak berpoligami dengan anak dara sedangkan masih ramai anak teruna diluar sana yang masih belum bertemu jodoh, berikanlah peluang kepada mereka ini. Jangan sempitkan peluang anak teruna yang hensem-hemsem di luar sana.

Contohilah Nabi kita, walaupun beliau berkahwin ramai tetapi majoritinya adalah balu mangsa perang, hanya seorang sahaja anak dara iaitu Saidatina Aisyah. Akhir kalam jikalau poligami ini menambahkan beban untuk beribadat kepada Allah SWT, maka sebaiknya batalkan sahaja niat itu dan berilah tumpuan kepada yang satu itu.