Pages

Sunday, 27 October 2013

Bajet Gula dan GST

~dipetik dari page sukan star~
(Keris Silau)


Bajet gula dan GST
Gula tiada lagi subsidi
Gula tak bagus kata Menteri
Boleh kena potong kaki
Sakit jantung dan sakit hati
Mata rabun dan darah tinggi
Mati pucuk untuk kaum lelaki
Punca pertengkaran suami isteri
Dari potog kaki baik potong subsidi

Menteri kita bijak buat polisi
Polisi ke arah free market economy
Pasaran tidak dikawal oleh authoriti
Dia biar turun dan naik sendiri
Macam pasaran Ringgit dan Rimbi
Sungguh geliga otak pak menteri
Tak sia-sia belajar di luar negeri
BRIM tak potong dan tetap diberi
Bonus diberi enam bulan sekali
Masa raya dan masa deepavali
Terima kasih kata Perdana Menteri
Sebab menang pilihanraya baru2 ni
Kan I kata I help you You help me

Untuk kurangkan defisit yang tinggi
Kerajaan akan perkenalkan GST
Gomen Sudah Tenat fulus mafi
Dah habis korek EPF dan Tabung Haji
Nak korek kat mana lagi
Nafsu besar mesti dipenuhi
Mana boleh pakai Perodua Myvi
Sekurang-kurangnya Ferrari
Mana boleh pakai kapcai Suzuki
Kena lah sekurang-kurangnya Harley
Bonia atau Coach tak main lah aci
Sekurang-kurangnya Prada atau LV
Mana boleh setakat Langkawi
Kena makan angin di luar negri
Sekurang-kurangnya Monaco atau Italy

Nasib orang bawah siapa peduli
Ada yang kais pagi makan pagi
Kos sara hidup semakin tinggi
Gula tiada lagi subsidi
Barang yang dibeli kena GST
Dapat Brim hanya lekat celah gigi
Sepatutnya potong subsidi gas IPP
RM3.3 billion setahun untuk 4 kroni
Kita hanya mampu doa kepada Illahi
Semoga Tuhan berkatkan rezeki
Walaupun sedikit tapi diberkati
Kita tidak rompak kita tak curi
Kita tidak rasuah atau tidak joli
Kita kerja yang halal dan suci.

Keris Silau
26 Oktober 2013

Monday, 21 October 2013

Awang Goneng 3 (MEC551~Numerical Method)


















Pemilihan Naib Presiden Umno

Hishamuddin Bakal Jadi PM Selepas Najib.. 
 
Hishammudin Hussein
Ini Buktinya Seperti mana diramalkan, Pasukan Trio dapat mengekalkan jawatan Naib Presiden Umno semalam dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendapat 186 undi, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal mendapat 175 undi dan Menteri Pertahanan,Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendapat 101 undi.
 
Manakala yang kalah ialah Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir yang mendapat 91 undi, Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad mendapat 8 undi dan Pengerusi PUNB, Datuk Seri Ali Rustam mendapat 7 undi.
 
Bagi tiga tahun akan datang, ketiga-tiga pemenang Naib Presiden ini adalah bakal Timbalan Perdana Menteri jika apa-apa berlaku kepada Datuk Seri Najib Tun Razak atau Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 
Yang jelas kepada kita, jika apa-apa berlaku kepada Muhyiddin, Najib kena lantik Timbalan Perdana Menteri yang baru sama ada Zahid atau Shafie atau Hishamuddin. Sudah pasti Najib akan lantik sepupunya, Hishammuddin sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru seperti mana Tun Razak memilih birasnya, Tun Hussein Onn pada tahun 1973 selepas kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman walaupun dua orang lagi Naib Presiden Umno, Tun Sardon Jubir dan Tun Ghafar Baba mendapat undi yang lebih tinggi dari undi Hussein Onn.
 
Walaupun undi Zahid dan Shafie meninggalkan jauh Hishamuddin (85 undi dan 74 undi) tetapi ia tidak menjamin Zahid akan menjadi Timbalan Perdana Menteri yang baru kerana Najib ada tiga calon untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.
 
Justru itu kemenangan semula Hishamuddin mengesahkan bahawa beliaulah bakal Perdana Menteri selepas Najib. Kenapa undi Hishammuddin jauh ditinggalkan dua ahli Pasukan Trio? 74 undi memanglah undi yang besar ditinggalkan Shafie. Sepatutnya mereka mendapat undi yang sama banyak kerana mereka dikatakan berkempen secara berpasukan. Kenapa terjadi begini?
 
Adakah Hishamuddin kena main dengan Zahid dan Shafie? Di Johor, negeri Hishamuddin, Pasukan Trio hampir menyapu bersih tetapi di Perak, Zahid tidak dapat memberi Pasukan Trio keputusan seperti di Johor. Begitu juga Shafie gagal memberi Pasukan Trio menyapu bersih di Sabah.
 
Hishamuddin nyaris kalah 10 undi kepada Mukhriz yang bergerak secara solo. Tetapi dari segi undi popular, Mukhriz mengatasi undi popular Hishamuddin. Jika satu undi dikira secara undi popular, pemenang ketiga Naib Presiden ialah Mukhriz.
 
Menyelamatkan
 
Akan tetapi sistem “electoral college” menyelamatkan Hishamuddin. Soal Hishamuddin kena main dengan dua ahli Pasukan Trio tidak timbul kerana perwakilan kurang puas hati dengan prestasinya yag dikatakan sebagai menteri yang lembik. Sebab itulah undinya jauh ditinggalkan Zahid dan Shafie.
 
Shafie menang besar kerana Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman tidak jadi bertanding Naib Presiden Umno. Jika Musa masuk, sudah tentu Mukhriz menang.
 
Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad sehari sebelum mengundi, Mukhriz sukar menang kerana beliau tidak direstui presiden parti. Dr Mahathir menang Naib Presiden Umno pada tahun 1975 kerana direstui Tun Razak yang menjadi Presiden Umno ketika itu.
 
Bagaimana Najib mahu merestui Mukhriz kerana beliau bimbang jika beliau merestui Mukhriz, sepupunya Hishamuddin akan kalah.
 
Seperti dakwaan ramai orang di malam akhir banyak chai yang dihantar ke bahagian-bahagian kononnya direstui oleh pihak atas yang mahu Pasukan Trio dikekalkan. Buktinya, Umno Bahagian Pekan yang diketuai Najib mengundi Zahid-Shafie-Hishamudddin. Begitu juga Bahagian Pagoh yang diketuai Timbalan Presiden Umno, Muhyiddin dan Bahagian Putrajaya yang diketuai Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
 
Mukhriz bergerak secara solo dan mampu mendapat 91 undi merupakan satu kemenangan moral walaupun kalah.
 
Perwakilan Umno belum dapat membuat transformasi sepenuhnya. Jika Mukhriz menang semalam, beliau mencatat sejarah kerana dipilih Naib Presiden Umno tanpa pernah menjadi ahli majlis tertinggi Umno terlebih dahulu. Nampaknya Umno tidak menerima proses ini. Seseorang itu perlu jadi ahli majlis tertinggi terlebih dahulu baru dipilih menjadi Naib Presiden Umno.
 
Mukhriz ada harapan untuk menang tiga tahun lagi kerana dia sudah ada 91 undi. Beliau perlu bergerak menawan undi dari lain-lain bahagian di Johor dan Pahang yang banyak tidak memenangkan Mukhriz.
 
Pada tahun 2016, Mukhriz akan berhadapan dengan Khairy Jamaluddin dalam pertandingan Naib Presiden Umno kerana ketika itu Khairy akan melepaskan jawatan Ketua Pemuda.
 
Mukhriz terbukti mengikut jejak langkah Dr Mahathir yang tewas dalam pertandingan Naib Presiden Umno buat kali pertama pada tahun 1972. Dr Mahathir menang dalam percubaan keduanya pada tahun 1975. Barangkali percubaan kedua Mukhriz pada tahun 2016 akan membuahkan hasil.
 
Salah satu faktor kekalahan Mukhriz adalah kerana beliau tidak dapat sokongan dari Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang mahu mengekalkan Pasukan Trio sebagai Naib Presiden Umno. Oleh itu Mukhriz puas hati kalah kerana beliau bergerak secara solo dan bukannya berpasukan. ~fmt

Konvensyen Tanah dan Perbandaraan Kebangsaan di Shah Alam

7 resolusi Konvensyen Tanah Kebangsaan

Konvensyen tanah kebangsaan di Dewan Jubli Perak SUK
1- Konvensyen mencadangkan agar maklumat status hak milik tanah dan informasi berkaitan diberi akses secara telus. Peralihan rekod secara fail ke bentuk digital harus di segerakan ke seluruh negara. 

2- Konvensyen juga menggesa agar isu pemajakan pemilikan tanah dalam rancangan Felda; Felcra; Rancangan pembangunan tanah negeri serta tanah orang asal dapat dipantau dan keadilan pemilikan tanah mereka terjamin. 

3- Konvensyen mencadangkan satu kaedah untuk menghimpunkan bank tanah bagi tujuan memajukan tanah rezab Melayu yang terbiar dan tidak dimajukan.

4- Konvensyen mencadangkan kewujudan tabung dana pengurusan hartanah berkonsepkan syariah untuk menguruskan tanah rezab Melayu. 

5- Kerajaan-kerajaan negeri perlu mengganti balik tanah-tanah rezab Melayu yang telah diambil balik dengan keluasan yang sama atau lebih. 

6- Konvensyen mencadangkan agar negeri Selat Pulau Pinang dan Melaka yang tiada peruntukkan tanah rezab Melayu mempunyai mekanisma alternatif dengan tujuan mengekalkan tanah warisan orang Melayu dan perkampung warisan Melayu daripada diambil alih dan bertukar hak milik kepada pihak lain. 

7- Konvesnyen mencadangkan kerajaan negeri membenarkan tanah kosong dan terbiar sama ada tanah Rezab Melayu, milik persendirian atau milik kerajaan negeri diberi kebenaran sementara untuk dibangunakn atau dimajukan secara kooperatif atau kolektif

Sejak awal kemerdekaan, tanah melayu tidak pernah diperintah oleh mana-mana parti melainkan perti ketuanan melayu.

Hebatnya parti ini mempertahankan hak melayu akhirnya tanah rezab melayu menyusut dan terhakis sedikit demi sedikit. 

Ke mana pergi tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin ketuanan melayu. 

Tahun 1985 sahaja tanah rezab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar.Tetapi pada waktu sekarang, mungkin sudah tinggal sejengkal? Tahniah, Tidak Sia-Sia kita memberi undi padanya. 

Hidup pun cari tanah, mati pun cari tanah. Banyak susah ma...  Tanah pusaka pun dikelentong sama sendiri apatah lagi orang lain. KahKahKahKah

Saturday, 19 October 2013

Awang Goneng 2 (MEC551~ Thermal Resistance and Boundary Resistance)

Please refer to the reference text book and final examination sample for the question. These sample calculation are not totally right and maybe you have a better answer. Thank You.