Pages

Sunday, 29 September 2013

Ekonomi Buih ~ siri 1

Adakah Malaysia menuju kearah sistem 'Bubble economy' yang akan merosakkan negara? Mampukah anda membeli rumah dengan harga pasaran hari ini?

Bagi pasangan muda yang baru berkahwin, impian untuk memiliki rumah sendiri pasti ada disamping keperluan asas yang lain. Bukan manusia sahaja malah haiwan ternakan ayam, kambing dan kucing juga memerlukan tempat tinggal yang selesa. Harga rumah hari ini semakin hari semakin mahal terutamanya dibandar besar seperti Shah Alam dan Kuala Lumpur. 

murah dan menjimatkan, tak perlu tanah,
Ini pasti membebankan kepada golongan muda yang ingin memulakan hidup baru serta golongan berpendapatan rendah. Contohnya rumah semi-D di Puncak Alam mencecah hampir RM800k, dan rumah teres dua tingkat di Shah Alam yang saya duduki sekarang mencecah RM400k hingga RM500k.

Antara faktor yang menyebabkan peningkatan harga rumah ialah spekulasi harga hartanah melambung naik dan permintaan yang tinggi. Jikalau kita perhatikan dimana mana sahaja pasti ada projek perumahan yang sedang dilaksanakan. Persoalan yang bermain di kepala kita sekarang ini ialah siapakah pembelinya dan apakah yang akan dilakukan oleh pembeli itu terhadap rumah tersebut?

Oleh kerana spekulasi yang bermain difikiran rakyat ialah harga hartanah sentiasa meningkat maka kebanyakan rumah yang dibina oleh pemaju pasti hanya dibeli oleh golongan yang berkemampuan. Mereka akan memonopoli walaupun sudah mempunyai rumah. Yang tidak berkemampuan pasti akan menjadi penyewa. Oleh itu mereka yang berkemampuan ini akan berhutang dengan bank untuk melabur membeli rumah.

Bukan suatu perkara ganjil, seorang nama mempunyai tiga hingga lima buah rumah. Adakah rumah yang dibeli itu untuk mereka tinggal. Jawabnya tidak, kerana teori ekonomi orang Malaysia hari ini yang sempat saya tanya ialah mereka akan menyewakan rumah itu kepada penyewa. Duit sewa itu akan digunakan untuk membayar pinjaman bank rumah tersebut. Sistem ini tidak ubah seperti 'triangle system' dimana orang atas makan orang bawah. Situasi sama juga berlaku terhadap rumah kedai. Semuanya mahukan keuntungan dan cara perniagaan yang mudah. Namun, pemaju juga pada masa sama giat membina rumah-rumah baru. 

Walaubagaimanapun akan tibanya waktu dimana si penyewa yang selama ini tidak pernah mempunyai rumah  akan berusaha untuk membeli rumah sendiri, dan kesannya penyewa akan berkurangan dan ini akan mewujudkan situasi 'rumah kosong'. Tuan empunya rumah yang selama ini bergantung kepada hasil sewa rumah pasti tidak mampu untuk membayar hutang bank. Apabila rakyat gagal membayar hutang maka sistem perbankan akan runtuh dan ekonomi negara akan merudum.

Keadaan ini dipanggil sebagai 'bubble economy atau ekonomi buih' dimana sektor hartanah pada awalnya naik mendadak sehinggakan menarik minat rakyat untuk melabur dan membeli tetapi akhirnya menjunam jatuh.

Jepun pernah mengalami 'bubble economy' pada tahun 1986-1991. Kepada sahabat yang masih ada di Jepun, anda boleh mengkaji secara mendalam kenapa dan bagaimana ia berlaku disamping anda menuntut ilmu di sana.

Secara ringkas boleh saya ceritakan berdasarkan ilmu pembacaan. Pada tahun 1980-an Jepun adalah negara pengeskpot yang paling berjaya di dunia dan dengan itu, sistem kewangan negara tersebut telah menerima dana dalam jumlah yang sangat besar dari luar. Dana yang masuk ke negara berkenaan terus mengalir masuk ke dalam sistem perbankan kewangan Jepun dan ini menggalakkan sektor perbankannya memberi pinjaman yang sangat besar kepada individu dan syarikat-syarikat di Jepun.

Akibatnya, Jepun mengalami pertambahan mendadak di dalam aktiviti-aktiviti spekulasi terutamanya dalam pasaran hartanah dan saham.Harga aset melambung tinggi dan jumlah hutang dikalangan individu dan organisasi perniagaan juga turut meningkat berkali ganda. Ini kerana bank-bank Jepun teleh memberi pinjaman sebanyak 353 trillion yen kepada syarikat-syarikat Jepun dalam sektor-sektor pembinaan, peruncitan, hartanah, dan perkhidmatan kewangan.

Keadaan ini seterusnya telah menghasilkan satu ‘bubble’ atau belon kewangan yang besar. Keadaan sebegini tidak dapat dikekalkan dan apabila pasaran menyedari bahawa harga yang tinggi itu sebenarnya hanya cerminan aktiviti spekulasi dan bukannya permintaan sebenar maka harga hartanah dan saham telah jatuh menjunam. Ini menyebabkan ramai penghutang tidak dapat membayar hutang mereka sehingga banyak syarikat dan individu-individu diisytiharkan menjadi muflis. Keadaan ini akhirnya telah menyebabkan ekonomi Jepun mengalami proses pengecutan

Sepenyol yang merupkan negara maju dengan pendapatan perkapita USD32,900 juga sedang mengalami krisis yang sama pada hari ini. Ia terlibat dengan hutang luar yang banyak kerana berlaku spekulasi dalam pertumbuhan sector hartanah. Akibatnya harga hartanah melambung tinggi dan rakyatnya berhutang untuk melabur dalam sektor tersebut. Apabila rakyat gagal membayar hutang maka sektor perbankannya runtuh menyebabkan kerajaan Sepanyol terpaksa berhutang untuk menghidupkan kembali bank-banknya yang bankrap.

Walaupun negara kita belum lagi mengalami ‘bubble economy’ pada waktu ini namun tanda-tanda negara kita menuju kearah itu sudah kelihatan. Keadaan dimana nilai Ringgit semakin susut yang menyebabkan barangan Import menjadi semakin mahal dan barangan eksport semakin murah.

Pelaksanaan GST (Good Service Tax) merupakan antara cara untuk kerajaan mengambil balik wang rakyat untuk menjana kembali ekonomi kerana hutang negara pada hari ini sudah mencecah 51% iaitu pada paras yang agak membimbangkan. Sudah tibanya kerajaan perlu melaksanakan langkah bagi membendung masalah ini seperti menghadkan pembelian rumah kerana yang akan menanggung derita pada jangka masa yang panjang ialah Rakyat. Mungkin suatu hari nanti kita akan melihat ada penduduk yang membina rumah atas pokok kerana harga tanah yang melambung tinggi.

Friday, 27 September 2013

Minyak Naik?

Betul ke minyak naik malam ini

 
Kalu betul terima kasih Abg Jib dan Kak Ros. Janjimu memang ditepati

Membongkar Kezaliman Regim Amerika di Iraq

 Serangan Tentera Amerika terhadap Rakyat Iraq 2007

6 tahun dahulu, tahun 2007  menyaksikan bagaimana helikopter tentera Amerika menembak sekumpulan rakyat Iraq sehingga membunuh seramai 12 orang termasuk dua wartawan Agensi Reuters.

Gambar yang dirakamkan dari kokpit helikopter juga menunjukkan seorang lelaki bersama dua anaknya yang masih kecil memberhentikan van untuk memberikan bantuan tetapi akhirnya beliau juga ditembak mati. Apa yang menyayat hati, kedua-dua anaknya juga turut menjadi mangsa tembakan dan cedera parah.

Video ini didedahkan oleh Wikileaks pada tahun 2010 yang diberikan oleh seorang kakitangan Pentagon dan nasib beliau entah kemana kerana mendedahkan keborokan dan kezaliman tentera regim Amerika.



 

Thursday, 26 September 2013

Pasar Payang Warisan Terengganu Kita

Let's Salvage Our Heritage

The Central Market, locally known as Pasar Payang, is located by the Terengganu River and is one of the most popular tourist spots in Kuala Terengganu. Housed in a modern building, it offers visitors a variety of traditional handicrafts such as batik, silk, songket, brocade and brassware, as well as fresh produce. 


Visitors to this market will have a delightful experience shopping for local products at reasonable prices. It is also a great place to experience the culture as locals do their daily shopping there too. 

However  rumors spread that, state government has plans to demolish Kuala Terengganu's 100-year-old Pasar Payang to make space for a 5-star complex. Pasar Kedai Payang deserves more than that. It should not pay the price for progress and development.

Don't destroy it 
Stop being daft and save our heritage
We are already losing our turtles
It's time to salvage what is left 

 
'MarhaenClip1 Documentary' to influence Terengganu folk to save our hometown and heritage


dddd

Takziah Untuk Keluarga Ustaz Azizan Razak

Al-Fatihah
 Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah Swt dan ditempatkan dikalangan orang beriman

Tuesday, 24 September 2013

Adakah Rakyat Sudah Lupa Janji Penurunan harga Kereta..???

 Mana Janji Penurunan Harga Kereta

Sudah hampir empat bulan pilihanraya berlalu, janji pilihanraya pasti ditagih oleh rakyat marhein, kaya mahupun binatang dihutan. Rakyat masih memahami, mungkin ada janji yang tidak boleh dilaksanakan segera, perlu kepada sekurang-kurangnya satu atau dua tahun. Tidak mengapalah, penderitaan kerajaan adalah penderitaan rakyat. 

Kereta labi (kereta jimat minyak)
Namun persoalan yang timbul, kenapa kerajaan memungkiri janji manismu. Sebelum ini Kerajaan berjanji tidak akan naikkan harga minyak sehingga akhir tahun 2013 semata-mata mahukan undi rakyat tetapi janji itu sudah dicapati. Kenaikan harga minyak telah menyebabkan kenaikan harga barang turut sama berlaku. Semalam spekulasi harga gula dijangka akan naik pada waktu terdekat. Beban rakyat makin bertimpa-timpa.

Sejak pasca pilihanraya, rakyat secara berterusan menikmati kenaikan harga barangan dan keperluaan asas. Bukan sahaja barangan naik malah kejatuhan nila matawang ringgit telah membebankan lagi rakyat kerana ia memberi kesan kepada harga barangan Import. Rakyat sudah muak dengan helah dan pelbagai alasan yang diberi semata-mata untuk menghalalkan tindakan kerajaan. Semua dibakul sampahkan kerana sukar untuk dipercayai.

Bagaimanapula dengan Janji Penurunan harga kereta, Adakah Kerajaan Be End sudah terlupa atau buat-buat lupa. Adakah kerajaan memerlukan dua atau tiga tahun tempoh untuk melaksanakna janji ini sedangkan kenaikan harga petrol boleh dilaksanakan tak sampai setahun menang pilihanraya. Rakyat masih setia menanti janji manismu yang sebenarnya tak lah manis mana pun.

Sebelum ini Utusan dikecam hebat kerana  memanipulasi kononnya harga kereta sudah diturunkan namun ia hanyalah sandiwara semata-mata. Rakyat ternganga mendengarnya. Rakyat yang tidak berkereta seperti aku mungkin tidak ambil pot tentang isu ini. Tetapi bagaimana pula dengan rakyat yang suka membeli kereta.

Keadaan masih kabur dan mustahil harga kereta akan diturunkan kerana Kerajaan BN tidak mempunyai struktur perlaksanaan yang lengkap untuk menurunkan harga kereta berbeza dengan struktur yang dikemukakan oleh Rafizi Ramli. Inilah bahan nya bila BN menciplak manifesto PR tetapi gagal mengemukan satu struktur bagaimana harga hendak diturunkan.

Persidangan parlimen sebelum ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri terus mempertahankan yang harga di Malaysia masih rendah dan mengatakan duti eksais yang merupakan antara penyebab mengapa kereta menjadi mahal tidak perlu dihapuskan. Jawapan ini mensahihkan lagi dalil bahawa harga kereta pasti tidak diturunkan.

Ada satu cara untuk BN menurunkan harga bagi menunjukkan kepada rakyat yang kononnya manifesto itu bukan palsu. Caranya ialah mengurangkan kekemasan didalam kereta atau meminimumkan komponen. Ini secara tidak langsung mengurangkan mutu keunggulan kereta tersebut. Tidak mustahil kerana BN pernah melaksanakannya pada tahun 2007 kepada model Iswara dan dijual dengan harga RM 30 000.

Akhir kalam, Rakyat harus bersyukur dengan harga kereta yang ada kerana itu yang anda mahu. Jikalau anda tidak mahu mengapa anda mengundi mereka? Mungkin kenaikan harga minyak dan barangan merupakan hadiah yang paling istimewa untuk rakyat. Terimalah hadiah ini dengan ikhlas, usah dipertikaikan, tidak elok menolak pemberiaan seseorang.

Dokumentari Siapa Bunuh Jalil Ibrahim dan Skandal Bankrapnya BUMIPUTERA Malaysia Finance (BMF) 1983

'The Banker Who Knew Too Much'
-sampahseni.blogspot.com, Rahmat Haron-
Kerana jika kita memahami Mahathirisme kita akan faham bahawa segala cakap-cakap tentang semangat Melayu/ Islam, hak istimewa orang Melayu/ Islam, kepentingan Melayu/ Islam, bumiputera, dasar ekonomi baru dan sebagainya itu hanyalah belit, ‘gormal', penipuan, gebang kosong yang hanya berjaya dilakukan pada era penguasaan media tivi.
 

April tahun lalu, saluran tivi AETN - Crime & Investigation, Asia menayangkan sebuah dokumentari berjudul "The Banker Who Knew Too Much."
 

Penerbitan dokumentari ini akan membawa kita memahami kepura-puraan Dr Mahathir dan mereka yang berpegang pada ideologi perkauman sempit yang kununnya berteraskan kebudayaan dan tata negara Melayu itu. Kununnya, didongengkan kekayaan negara perlu dimiliki hanya oleh orang-orang Melayu.
 

Filem dokumentari itu merungkai kes pembunuhan misteri akauntan muda, juruaudit Bank Bumiputera pada tahun 1983.
 

Jalil sebenarnya ditugaskan untuk mengaudit akaun anak syarikat Bank Bumiputera di Hong Kong, iaitu Bank Bumiputera Finance (BMF). Sewaktu di Hong Kong, Almarhum Jalil mendapati banyak keraguan terhadap cara BMF memberi pinjaman.
 

Beliau mendapati hampir kesemua pinjaman BMF disalurkan kepada syarikat-syarikat milik Carrian Group. Carrian Group pula dimiliki oleh George Tan, ahli perniagaan Hong Kong, etnik Cina, warga negara Singapura, kelahiran Malaysia.
 

Dalam dokumentari The Banker Who Knew Too Much itu kita didedahkan bahawa Carrian Group sebenarnya hanyalah rumah untuk merompak duit Bank Bumiputera. Kerana tanpa pinjaman Bank Bumiputera tidak mungkin ada Carrian Group dan George Tan.
 

(Untuk butiran lanjut kejadian kes pembunuhan itu, silakan menonton sendiri di YouTube)



Bank Bumiputera ditubuhkan pada tahun 1966 bermatlamatkan kununnya membantu orang-orang Melayu dan Bumiputera Malaysia.
 

Tetapi akhirnya Bank Bumiputera dibankrapkan kerana memberi pinjaman terhadap George Tan, dan nyawa seorang tokoh Melayu muda, Almarhum Jalil Ibrahim telah pun diragut oleh seorang ahli perniagaan Klang - yang tiada kaitan dengan Bank Bumiputera dan BMF - bernama Mark Foon Tan.

Monday, 23 September 2013

Dinner Belut dengan Ahli Kelab

Jangan Tengok Saje Tapi Kene Makan

sebelum ni kita dah sembang cara macam mana nak tangkap balut, malam ni kita kantang-kantang belut untuk dinner rakyat. Bukan calang-calang orang yang datang, YB pun ada mari.

ni hasilnya, kalu tetamu ramai, kasi la banyak sikit, jangan kedekut tau
Mula sekali kita pancung kepala dia, ni la cara paling tak menyeksa, sekali potong terus K.O. Tapi AWAS...!!! jaga tangan anda, kalu tak, dengan tangan anda sekali terpancung sebab belut ni licin, susah nak pegang.

Potong aje mcm Geng 09 pancung orang
 

 Kemudian belah perut dia buang la apa2 yang patut, Belut ni biasanya banyak darah, darah ni ubat, kalu nak cantik muka, sapu la darah tu kat muka, mmg cantik muka anda nanti. dok perlu nok pakai fair n lovely la, white man clear la, i shadow la, undercoat la, apa je la. Satu lagi darah dia pun bagus untuk urat-urat saraf dan banyak lagi. Isi belut sendiri pun banyak khasiatnya.

mamat ni teruja sangat dapat siang belut, tu senyum mewek je
 lepas siang si belut tu, basuh la dengan air campur dengan daun jambu. Nak kasi hilang bau hanyir. Mcm biasa la, bukan tak tau plop kan

Tok bilal dan Bidin Nyo. dua-dua budak rajin, kalu buat menantu dop rugi

  
takdop keje nak buat
Ni hasil yang dah dipotong, gambar bawah tu. Cantik kan, tgok pun dah sedap. kalu makan lagi sedap


 Lepas tu apa lagi, masak je la. Masak la mcm mana pun, bergantung pada selera anada, nak goreng ke, nak buat sup ke, nak buat tomyam ke, resepi rahsia masing-masing

Abidal nama mamat ni, orang kuat, kasi apa je makanan,semua habis licin
Chef kampung
Suasana sibuk di dapur, Mamat tu pun ada..Eeeeeee
ramai tukang tengok dari tukang masak
 Bila dah siap semua, tapi dop leh makan lagi, sebab untuk malam ni kan. jadi kene la pergi dengar kuliah dulu kat surau tu. makan, makan jugak, agama jagan lupa. tengok kucing pun pergi dengar kuliah, ni manusia dop suke kuliah, base bodoh dari natang g. maaf la, orang ganu kasar sket cakap

pendengar setia, si Pichu
 Bila dah habis kuliah n isyak, sila-sila la pakat serbu k. Makan tu makan jugak, orang kedian jangan lupa, tp aku dop makan pun, geli mcm ular etek..

Tunggu turn
ni hidangannya masak tomyam
Meriah markas kg aku, tua dan muda semua pakat mari makan
Ehhh..YB pun khusyuk makan, Tok Mulu tengok je.
 habis cerita belut, aku pun dop reti nk tulis doh gane, jupe lagi la plop. Mungkin lepas ni kita pakat igat natang lain plop kot.
Ok...ByeBye






Berita Cool

Setuju Sangat-Sangat Dengan Kenyataan Menteri


Untung tinggal di negara yang ada Menteri bijak pandai
Ulama cakap minyak naik ketentuan Allah
Menteri cakap minyak naik ketentuan Pasaran
Tapi tapi tapi..................
Bukan ke harga minyak dunia turun
opsss terlupa.....
Ini hadiah untuk rakyat 
Kerana memberi undi
KahkahKah
Jangan cakap banyak
Hadiah org bagi, kene ambik
Tak baik tolak-tolak
Terima Kasih Umno Bn
Cintaku pada Mu tidak berbelah bahagi


Sunday, 22 September 2013

SEJARAH & LAGENDA

Menyusuri Sejarah "Kampung Surau Panjang"


ASAL USUL NAMA:   

Mengikut cerita penduduk setempat bahawa nama kampung tersebut adalah sempena sebuah surau yang di kira amat panjang oleh masyarakat Terengganu suatu masa dahulu. Namun surau tersebut telah berubah bentuk sekarang ini.

Surau ini dikatakan hanya menjadi masjid pada hari Jumaat sahaja yang mana pada hari-hari lainnya ianya digunakan sebagai balairaya oleh penduduk setempat. Dari semenjak dahulu lagi, ianya masyur dan menjadi tumpuan jemaah-jernaah daripada kawasan sekitarnya seperti Kedai Buloh, Surau Haji Daud dan Tok Adis.

SEJARAH MASJID SURAU PANJANG:

i) SEJARAH BANGUNAN: Mengikut cerita yang pernah diceritakan oleh Tok Bilal Leh kepada Khatib Ismail Saleh, bahawa Masjid yang ada sekarang ini telah mengalami empat peringkat perubahan dalam struktur bangunan surau tersebut yang mana akhirnya dibina semula kepada masjid pada yang sedia ada kini.

Peringkat 1: lni adalah peringkat awalan dimana bangunan asal adalah merupakan rumah penduduk kampung .yang telah diserahkan untuk diwakafkan menjadi surau. Tidak dapat dipastika berapa panjanglya bangunan ini ketika itu.


Peringkat 2: Bangunan surau tersebut telah ditambah pada bahagian surau tersebut. Antara orang-orang yang terlibat dalam usaha tersebut antara lainnya adalah Tok Bilal Ya'acob, Tok Khatib Dollah, Pak Da Leh, dan Tok Puteh.


Peringkat 3: Pada tahun 1958, surau tersebut telah sekali lagi di rombak dan diperbaiki kerana keadaanya yang telah uzur dan banyak kayu-kayunya yang telah rosak. Surau tersebut telah diperbaiki dengan menggunakan kayu-kayu yang telah dibeli daripada Jerangau dan kebanyakannya terdiri daripada daripada kayu merbau, gindang, mengabau. Dipercayai bahawa panjangnya adalah lebih kurang 64 kaki.


Peringkat 4: Pembinaan masjid baru yang sedia ada yang telah siap dibina semula pada tahun 2009.
ii) SEJARAH TAPAK BANGUNAN: Tanah asal masjid ini adalah wakaf yang diberikan oleh Tok Nyang Mak Yam Teh Khatib iaitu mak sepupu kepada Haji Ali Mohd.

iii) SEJARAH IMAM & BILAL: Kronologi orang-orang yang pernah menjadi Imam di Masjid ini adalah sebagaimana yang berikutnya:
IMAM
  • Tok Khatib Dollah
  • Tok Khatib Dollah
  • Tok Khatib Dollah
  • Tok Khatib Salam
  • Tok Khatib Muda
  • Tok Khatib Kawan
  • Tok Khatib Abd Rahman
  • Tok Khatib Zali (Haji Razali Awang)
  • Tok Khatib Hin (Haji Ibrahim Mohammad)
  • Tok Khatib Ismail
BILAL
  • Tok Bilal Ya'acob
  • Tok Bilal Sulaiman
  • Tok Bilal Ismail
  • Tok Bilal Said
  • Tok Bilal Lah

SEJARAH UMUR: Umur Masjid ini dianggarkan melebihi 200 tahun dan lebih tua daripada Surau Haji Daud yang dikatakan berumur sekitar 116 Tahun.

SEJARAH PERIGI: Perigi yang ada di masjid ini adalah perigi asal daripada peringkat awal iaitu semasa ianya adalah rumah penduduk kampung itu.

SEJARAH GEDUK: Geduk yang terdapat pada asalnya dikatakan sepanjang surau tersebut tetapi telah di potong atas sebab-sebab yang kurang jelas. Tetapi ada juga cerita yang mengatakan bahawa panjang geduk itu telah disambung mengikut panjang bangunan ketika ianya bertambah

SEJARAH AHLI JAWATANKUASA: Antara mereka yang pernah menjadi AJK Masjid ialah Mat Amin Bin Daud, Tok Penghulu Pak Su Jusoh, Tok Khatib Awang dan Tok Khatib ZaIi.

SEJARAH KEPENDEKARAN:
Pernah terdapat seorang pendekar yang masyur di kawasan ini dahulunya iaitu Pendekar Salam yang pernah rnenjadi Hulubalang Raja dan pernah mengikuti pasukan perang diRaja semasa Perang Besut dahulunya. Malahan keturunannya iaitu Pendekar Min (anak) dan Pak Su We (cucu) turut menjadi pendekar dan sekali gus guru silat di kawasan ini dahulunya.

SEJARAH ULAMA: Tiada terdapat ulama yang lahir dari kawasan ini seingat Tok Khatib Ismail selain daripada Allahyarham Tok Khatib Awang (ayah Dr. Latiff) yang pernah belajar Tok Kenali dan berkelulusan kelas sembilan Arab.

PEKERJAAN ASAL: Pada masa dahulu kalanya, pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk di kawasan ini adalah menanam padi, mengail ikan, mencari minyak kuing, memotong kayu, membakar arang untuk di jual di Ladang dan menamam sayur disamping kerja-kerja kampung yang lain.

Sumber :  http://www.trg3m.com/

Saturday, 21 September 2013

Dunia Hari Ini Bukan Dunia Kelentong

 Najib silap, Chin Peng pernah memohon untuk pulang
 -malaysiakini-

Bercanggah dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, bekas rakan Chin Peng dan ahli keluarganya menegaskan bahawa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu telah memohon untuk pulang selepas Perjanjian Damai Hatyai pada 1989.

"Peguam memohon tiga dokumen daripada Kementerian Dalam Negeri apabila Chin Peng pertamakali memfailkan kes (untuk pulang) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang............

 Kesian Piem aku
nak kelentong tu agak-agak la
Rahim Nor pun cakap, dunia akan ketawa dengan tindakan malaysia
Bukan sahaja dunia, Anjing, Lembu, Kerbau pun turut sama ketawa
KahKahKahKah


Sejarah Yang Tak Akan Luput

 Abu Chin Peng Membuka Lembaran Sejarah Baru

Ketika rakyat Malaysia sedang merayakan sambutan Hari Malaysia pada 16 September lalu, dunia dikejutkan dengan kematian bekas setiusaha agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng. Sebelum ini  Kerajaan Malaysia telah menwartakan 16 September sebagai cuti umum Hari Malaysia dan secara tidak langsung bertepatan dengan tarikh kematian Chin Peng. 

Sebahagian anak muda melihat Chin Peng seolah-olah mendapat penghormatan apa yang tidak pernah disangkanya disebabkan cuti umum setiap 16 September. Ada hikmah, kenapa Allah mencabut nyawanya pada tarikh tersebut.

Chin Peng hanyalah insan biasa seperti kita semua namun kematiaannya telah menyebabkan heboh satu Malaysia sehinggakan kerajaan awal-awal lagi telah mengumumkan jasad atau abunya tidak dibenarkan sama sekali dibawa masuk ke semenanjung. Tindakan kerajaan ini sama seperti tindakan orang tua lama yang masih percayakan tahyul. 

Ketika saya masih budak-budak, kami percaya dengan kata orang tua, kalau terjumpa ular, dan dipukulnya sampai mati, ular itu pasti akan mencari kita kembali dan membawa sial. Betapa takutnya budak-budak, ular yang mati itu akan dibuang jauh-jauh. Begitulah analogi mudah untuk disamakan dengan tindakan kerajaan walaupun beliau sudah tiada tetapi ketakutan padanya masih ada.

Semakin heboh media memberi publisiti meluas kepada Chin Peng dan asyik menonjolkan kezaliman PKM, semakin teruja anak muda ingin mencari kebenaran sejarah. Anak muda hari ini bukan seperti dulu, mereka hari ini mahukan kebenaran dan akan mencari sumber lain sehinggalah hati itu puas akan apa yang dijumpai. 

Ramai pihak hari ini, mempersoalkan adakah sejarah tanah melayu yang ditulis ini adalah benar dan merangkumi semua pihak atau tidak. Mungkin kita pernah mendengar kata-kata bekas Perdana Menteri Britain, Winston Curhill, katanya "History is written by the victors". Maka demikian tidak mustahil apabila kesahihan sesuatu sejarah pasti akan dipertikaikan lebih-lebih lagi oleh pihak oposisi.

Tanah Melayu telah dijajah hampir 502 tahun bermula dari pihak Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris kembali walaupun ada beberapa orang yang kononnya bertaraf profesor dari universti entah berentah mengatakan kita tidak pernah dijajah. Lembu dan Kerbau pun pasti tergolek dog mendengarnya kerana mereka merasakan lagi cerdik dari profesor ini.

Di awal penjajahan Inggeris, kebanyakan penentangan adalah bersifat kelompok atau individu contohnya Tok Janggut di kelantan, Tok Bahaman di pahang, Maharajalela di Perak dan beberapa lagi indivudu lain. Penentangan berbentuk ini tidak membawa impak yang besar. 

Oleh itu rakyat melihat bahawa penentangan secara kumpulan yang besar harus dibentuk untuk memberi tekanan yang kuat kepada imperialis British. Selepas kejatuhan empayar Uthmaniyah ditangan Empayar British kufar sehingga terbentuknya negara haram Israel, kebencian terhadap British semakin meluak. Sesetengah pihak melihat saingan kepada empayar British kufar diwaktu itu ialah Komunis (Rusia dan China).

Kesepakatan dibentuk dengan Komunis bagi mendapatkan bantuan dari aspek teknikal, politik dan juga logistik kerana inilah ruang untuk menguatkan organisasi bagi menentang British. Ketika inilah terbentuknya Rejimen ke-10, Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM),  PKM, Angkatan Wanita Sedar (AWAS), BATAS dan banyak lagi bagi menuntut kemerdekaan dari British. Kemudian mereka membentuk satu gabungan kuat yang terdiri daripada pelbagai parti politik serta pelbagai kaum yang dinamakan AMCJA-PUTERA. 

Ketika penentangan terhadap Malayan Union tercetus sehinggakan British menawarkan kemerdekanan kepada para pemimpin Umno untuk hak berkerajaan sementara tetapi, Umno telah menolak tawaran kemerdekaan daripada pihak British pada masa itu dengan mengatakan bahawa mereka masih belum bersedia untuk menikmati kemerdekaan Malaya. Malah seorang pemimpin Umno pada masa itu pernah menyebut, “buat sebatang jarum pun tak pandai, nak merdeka?” Inilah merupakan kali yang pertama Umno telah mengkhianati kemerdekaan untuk negara kita pada masa itu.

PUTERA dan AMCJA telah mengambil inisiatif untuk meneruskan perjuangan mereka biarpun tanpa Umno. Mereka telah berjaya menubuhkan perlembagaan rakyat yang pertama kalinya pada tahun 1947 dan digubal oleh orang tempatan sebagai satu hujah untuk menuntut kemerdekaan. Malangnya Umno mendesak British menghalang tuntutan ini dan akhirnya British mengistiharkan AMCJA-PUTERA sebagai pertubuhan haram. Sebilangan mereka ditangkap dan ada yang sempat melarikan diri. Abdullah CD, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Chin Peng, Wahi Anuar dan ramai lagi melarikan diri dan mengangkat senjata menentang British. 

Saya melihat 'komunis' hanyalah nama yang dilabelkan kepada golongan ini oleh British bagi menakut-nakutkan rakyat ketika itu tetapi hakikatnya bagi saya label yang sepatutnya adalah 'golongan haluan kiri'. Walaupun bekerjasama dan mendapat bantuan logistik dan teknikal daripada komunis China tetapi hakikatnya ia berbeza dengan komunis China. 

British dengan ideologi Kapitalis mereka berjaya meracuni pemikiran masyarakat bahawa komunis ini adalah organsasi yang tidak percayakan agama. Propaganda ini bertujuaan untuk menjauhkan sokongan orang ramai terhadap golongan haluan kiri yang dilabel sebagai Komunis. Tetapi sebaliknya berlaku kerana apa yang didakwa itu tidak benar kerana, dakwah tetap berjalan di hutan ketika itu. Ramai juga yang masuk Islam antaranya Eng Min Chin atau Suriani Abdullah. Malah di Perkampungan Perdamaian Chulaborn, kita masih boleh melihat bagaimana Islam itu diterapkan kepada anak-anak mereka, dengan adanya sistem sekolah agama dan sebagainya.

Dalam 'Memoir Abdullah CD' jilid satu dinyatakan bagaimana ketika itu bagi memburukkan golongan haluan kiri, British telah merancang dengan menyuruh satu pihak yang digelar 'kumpulan parang panjang' untuk membuat huru-hara dan rusuhan dikampung-kampung. Akhirnya British mendakwa ia dicetuskan oleh golongan kiri. Strategi ini dianamakan 'false-flag' yang pernah saya ceritakan sebelum ini bagaimana 'false-flag' diaplikasikan di Asia Tengah ketika ini. Pertempuran dengan British berlarutan sehingalah rundingan Baling 1955 antara  golongan kiri dengan Tunku Abdul Rahman serta British.

Menurut seorang rakan Chin Peng yang masih hidup, Lao Chiang yang dipetik Malaysiakini berkata, 'kegagalan rundingan Baling kerana Tunku tidak bersetuju untuk membenarkan kami bebas, jika Chin Peng bersetuju dengan syarat Tunku, kesemua kami akan didakwa dengan satu tuduhan jenayah atau tuduhan lain'. Ini mengambarkan kepada kita golongan kiri tiada pilihan lain dan terpaksa meneruskan pertempuran dengan British di hutan.

Hari ini Malaysia suadah jauh ke hadapan, perjuangan haluan kiri sudah lama tiada sejak termeterainya rundingan damai 1989 di Hat Yai. Kemerdekaan yang dicapai oleh negara kita bukan hanya melibatkan satu pihak sahaja atau milik individu. Semua pihak berhak diberikan pengiktirafan, Tidakkah kerana penentangan meraka terhadap British sehinggakan British terpaksa memberikan kemerdekaan akibat tekanan yang berterusan. Tidak salah untuk kita mengiktiraf perjuangan Tunku Abdul Rahman dan rakannya tetapi bagaimana pula yang lain?

Atas jasa golongan kiri inilah, Henry Gurney yang berumur 53 tahun ketika itu, merupakan bekas Ketua Setiausaha Pentadbiran Inggeris di Palestin sebelum dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948 berjaya dibunuh di Bukit Fraser. Beliau merupakan antara dalang penubuhan negara haram Israel. Malah ketika penjajahan Jepun di Tanah Melayu golongan ini juga mengorbankan nyawa untuk mempertahankan tanah air sebaliknya British meninggalkan kita tanpa rasa tanggungjawab.

Sudah tiba masanya Kerajaan Malaysia harus keluar dari konkongan lama, tidak perlu lagi memainkan sentimen perasaaan bekas tentera, polis dan mana-mana pihak. Persoalan yang perlu dijawab oleh kerajaan ialah kenapa kerajaan tidak mahu memaafkan golongan kiri walaupun tidak dinafikan mereka juga ada kesilapan. Namun pada masa sama boleh berjabat tangan dengan pemimpin komunis China yang pernah menaja perjuanagan PKM ketika itu dan kerajaan juga boleh membina hubungan akrab dengan British sedangkan British bukan sahaja menjajah malah mengirup kekayaan hasil bumi negara kita. Yang berlalu itu biarlah berlalu, sukarkah untuk kita mengungkapkan perkataan "AKU MAAFKAN KAMU".

 

Realiti Pertembungan 'Reformis' dan 'Konservatif' Dalam Pas

Ada yang menganggap ini pertembungan ulama dan profesional
Sebenarnya tidak
Ini pertembungan antara golongan reformis dan konservatif
Konservatif mahukan cara politik lama dan status quo
Reformis mahukan pembaharuan sesuai dengan keadaan semasa
Kedua-duanya masih mengikut syariat islam
Jangan polemikkan Islam

Sallahuddin Ayub, Muhammad Al-Fatih, Nuruddin Az-Zanggi dan Saifuddin Qutus
Mereka bukan dari golongan Juhala dan bukan juga dari golongan ulama 
Namun mereka merupakan pimpinan yang mendepani cabaran zaman mereka 


 Ibn Taimiyyah dan anak muridnya Ibn Qayyim atau Shah Wali Allah Delhi 
Mereka ulama’ mujtahidiin wa mujahidin, yang mampu memutuskan hukum
Pada masa sama mempunyai ketangkasan dan kepimpinan yang sukar ditandingi Mereka juga mempunyai ketajaman bacaan politik dan hal ehwal semasa

Isunya disini, pilihlah golongan yang mampu mendepani cabaran zaman
Bukan kerana 'title' ulama atau profesional
Kalu tak faham juga, sila tanya lebai Google baca sejarah Islam 
Ulama yang tidak progresif duduk belakang
Yang progresif duduk depan
Begitu juga dengan golongan profesional
Jangan nak buat tunjuk pandai tapi hakikatnya tak pandai
Ada Paham..!!!!!
Tak Paham tengok video bawah ni....