Ketika
Rakyat Mesir diserang dan dibunuh oleh regim tentera Abdel Fatah
As-Sisi, masyarakat dunia tidak henti-henti menghulurkan simpati dan
mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan. Namun pada masa sama
pemimpin-peminpin dunia baik dari dunia Islam mahupun bukan masih
berbelah bahagi untuk menyokong atau menentang tindakan pihak regim tentera.
Dr Morsi |
Ada negara yang menentang tetapi hujah yang dikemukakan amat mendukacitakan seolah-olah ada sesuatu yang ingin disembunyikan. Yang paling memeningkan lagi ialah ada yang menyokong pihak tentera tetapi pada masa sama memberikan bantuan kepada mangsa tembakan bak kata nenek tua, 'baik pun tolong, jahat pun tolong'. Tidak salah untuk kita mengelarkannya sebagai teori 'sandiwara'. Sebenarnya apa yang berlaku ini tidak lain dan tidak bukan kerana adanya sifat munafik dikalangan pemimpin negara.
Firman Allah S.W.T.
"Dan supaya Allah
mengetahui siapa orang-orang yang munafik. Kepada mereka
dikatakan,'marilah berperang dijalan Allah atau pertahankan
dirimu',mereka berkata,'sekiranya kami mengetahui akan terjadi
peperangan tentulah kami mengikuti kamu', mereka pada hari itu lebih
dekat kepada kekafiran daripada keimanan. Mereka mengatakan dengan
mulutnya apa yang tidak terkandung dalam hatinya dan Allah mengetahui
apa yang mereka sembunyikan"
(3:167)
Abdel Fatah As-Sisi |
Kemunculan golongan
munafik yang pandai bersandiwara ini bukan perkara baru. Abdullah bin
Ubay hidup sezaman dengan Radulullah S.A.W tatapi sentiasa membuat onar
untuk menjatuhkan Islam. Ketika regim As-Sisi mengulingkan Dr
Morsi, Arab Saudi, Kuwait, UAE dan Jordan terus menghulurkan bantuan
dianggarkan bernilai AS$12billion. Masyarakat dunia mengecam tindakan
Monarki Bani Saud serta sekutu mereka yang tidak menunjukkan solidariti
terhadap pencabulan proses demokrasi di Mesir. Mungkin negara arab masih
belum memahami apa itu demokrasi kerana mereka mengamalkan sistem
monarki iaitu pemerintahan adalah melalui keturunan cucu datuk nenek.
Rakyat tidak berhak merasai tampuk kekuasaan.
Namun ada suara merdu golongan ulama muda di negara ini yang menyokong tindakan Bani Saud, katanya 'Arab Saudi yang mengiktiraf kerajaan Mesir, tak semesti menyokong kekejamannya'. Bagi menjawab dakwaan ini, Raja Abdullah secara terang-terangan menyeru bangsa Arab untuk berdiri bersama-sama menentang 'cubaan untuk menjejaskan kestabilan Mesir' (merujuk pada himpunan prodemokrasi).
Ketika penyokong pro Dr Morsi digempur di medan Raba'ah, Arab Saudi antara negara yang menghulurkan bantuan dengan menyediakan perkhidmatan 'mobile hospital' seperti yang dilaporkan saudi news untuk membantu mangsa tembakan. Ramai yang terpedaya dengan mengatakan 'tengok Arab Saudi pun bantu, kenapa kecam mereka'. Tetapi itu hanyalah sandiwara bagi menutup tindakan mereka menyokong regim tentera. Persoalannya kenapa bantuan besar diberikan kepada regim As-Sisi tetapi tidak kepada Dr Morsi ketika beliau menjadi presiden yang sah.
Untuk memahami teori 'sandiwara' ini secara lebih jelas, kita berundur ke zaman Gamal Abdel Nasser. Ketika beliau mengambil alih kuasa, beliau cukup popular di rantau arab dan timur, idea beliau seperti pan-arabism, anti penjajahan dan tidak berkompromi dengan kuasa barat cukup memukau masyarakat dunia. Beliau juga membawa ideologi nasionalis arab serta memiliknegarakan terusan suez dan membina empangan Aswan.
Walaubagaimanapun disebalik baju kot yang dipakainya, beliau telah menzalimi serta menindas rakyatnya. Dengan helah menuduh Ikhwan Muslimin sebagai dalang merancang pembunuhan beliau pada 1954, maka Ikhwan diharamkan. Regim Gamal mengganas dan menangkap pimpinan Ikhwan, Syed Qutb dihukum gantung bersama beberapa pimpinan yang lain. Malah penjara padang pasir menjadi saksi bisu kezaliman regim Gamal terhadap rakyatnya. Dunia luar melihat beliau seperti pembela tetapi sebaliknya zalim pada rakyat sendiri.
Turki adalah satu-satunya negara umat Islam yang konsisten dalam mengecam kekejaman regim tentera. Turki membatalkan 26 perjanjian dengan Mesir dan tidak mengiktiraf kerajaan kudeta. Selain itu, Bolivia dan Vanuezela telah menarik duta dan mengantung hubungan diplomatik dengan Mesir. Ketika kesatuan Afrika (AU) mengecam tindakan regim tentera, kesatuan negara Islam (OIC) masih membisu dan tiada tindakan tegas diambil. Betul apa yang diungkapkan Dr Recip Tayyip Erdogan, pemimpin negara umat Islam hari ini seolah-olah seperti 'syaitan bisu'. Tidak malukah kita dengan tindakan solidariti yang dilakukan negara bukan Islam tetapi negara Islam hanya terkebil-kebil melihat saudara mereka dibantai.
Kebanyakan negara umat Islam juga lambat bertindak kerana mereka menunggu tindakan yang dilakukan ayahnda mereka terlebih dahulu iaitu Amerika. Jikalau Amerika mengecam, barulah mereka kecam. Jikalau Amerika diam, mereka pun sama diam. Betapa kuatnya ukhwah persaudaraan diantara mereka.
Sepatutnya seluruh pemimpin negara umat Islam harus menunjukkan solidariti bersama Dr Morsi kerana beliau banyak membantu Palestin yang ditindas regim Zionis. Usaha beliau yang berjaya menghentikan operasi 'pillar of cloud' iaitu serangan regim Israel terhadap Gaza pada 2012 harus dibanggakan. Persoalannya adakah kita masih mahu mengharapkan negara Arab yang diulit kekayaan hasil minyak untuk mempedulikan nasib ummah sejagat...????
#Disebalik kekayaan emas hitam dirantau Arab, ialah bencana dan malapetaka. Pemimpin terus dimandulkan, hanya suara rakyat yang menolak kebatilan..
No comments:
Post a Comment