Saya tertarik dengan kisah tokoh besar ilmu kalam iaitu al-Imam Abul
Hasan al-Ash'ari (meninggal tahun 330H) yang dinobatkan sebagai benteng
Ahlus Sunnah wal Jama'ah dalam menghadapi serangan falsafah. Kata
al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) meriwayatkan daripada Zahir bin Ahmad
al-Sarakhsi kisah akhir hayat al-Imam Abul Hasan al-Asy'ari: "Apabila
ajal menghampiri Abul Hasan al-‘Asy'ari di rumahku di Baghdad, beliau
memanggilku. Aku pun datang. Beliau berkata: 'Aku bersaksi bahawa aku
tidak mengkafirkan seseorang pun dalam kalangan ahli Kiblat (mereka yang
bersolat). Ini kerana setiap orang menuju kepada Tuhan Yang Satu Yang
Disembah. Hanya semua ini (perbezaan yang ada) adalah perbezaan ungkapan
semata'.
Kemudian al-Imam al-Zahabi menyebut: "Demikian juga guru
kami Ibn Taimiyyah pada akhir hayatnya berkata: "Aku tidak mengkafirkan
seseorang pun dari umat ini. Nabi SAW bersabda: "Tiada menjaga wuduk
melainkan seorang mukmin", maka sesiapa yang melazimi solat dengan wuduk
maka dia muslim." (Siyar A'lam al-Nubala, 15/88. Beirut: Muassasah
al-Risalah). MAZA
No comments:
Post a Comment