Pages

Saturday, 14 September 2013

Kuburkan Masa dan Janji Melayu

Pepatah melayu ada menyebut "masa itu emas" dan pepatah arab mengumpamakan "masa seperti pedang" jika kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu. Dalam Quran pun menyebut tentang masa dalam surah Al-Asr. Ini mengambarkan betapa pentingnya masa dalam kehidupan ini.

Tetapi sejauh manakah kita menepati masa dalam apa jua urusan. Budaya orang kita sering lewat dari masa yang dijanjikan. Sebagai contoh jika kuliah atau mesyuarat bermula jam 8 pagi, anda pasti boleh lihat orang malaysia terhegeh-hegeh datang lewat sehingga menjangkau 30 minit. Budaya lewat ini bukan sahaja melibatkan individu sehingga tertinggal kapal terbang malah melibatkan institusi besar seperti jadual 'train' dan bas. Anda pasti pernah melalui situasi 'train' yang lewat tiba dan ini akan mengganggu urusan kita yang seterusnya.

Begitu juga dengan jemputan kenduri "datanglah selepas asar...." Ini bermaksud kenduri itu diantara jam 5 petang-7 petang. Jika kenduri bermula jam 5.30 ptg dan bagi mereka yang datang awal contohnya jam 5 petang sudah tentu masa mereka telah rugi setengah jam.

"Insyaallah saya datang" kerap kali kita dengar tapi awas sila tanya dahulu samada Insyaallah Melayu atau betul punya. Kalu Melayu sudah tentu tak datang kerana niat di hati sudah tentu tidak mahu datang tetapi perkataan ini hanya untuk menyedapkan pihak di sebelah sana. Sedarkah anda sebenarnya ia boleh menyusahkan pihak sebelah sana jika kita benar-benar tidak datang. Alangkah baiknya berterus terang " saya tidak boleh datang usrah atau saya tidak mahu datang usrah " kan senang macam ini.

 ubahlah sebelum masa mengubah anda...!!!!

No comments:

Post a Comment