Pages

Tuesday, 24 September 2013

Adakah Rakyat Sudah Lupa Janji Penurunan harga Kereta..???

 Mana Janji Penurunan Harga Kereta

Sudah hampir empat bulan pilihanraya berlalu, janji pilihanraya pasti ditagih oleh rakyat marhein, kaya mahupun binatang dihutan. Rakyat masih memahami, mungkin ada janji yang tidak boleh dilaksanakan segera, perlu kepada sekurang-kurangnya satu atau dua tahun. Tidak mengapalah, penderitaan kerajaan adalah penderitaan rakyat. 

Kereta labi (kereta jimat minyak)
Namun persoalan yang timbul, kenapa kerajaan memungkiri janji manismu. Sebelum ini Kerajaan berjanji tidak akan naikkan harga minyak sehingga akhir tahun 2013 semata-mata mahukan undi rakyat tetapi janji itu sudah dicapati. Kenaikan harga minyak telah menyebabkan kenaikan harga barang turut sama berlaku. Semalam spekulasi harga gula dijangka akan naik pada waktu terdekat. Beban rakyat makin bertimpa-timpa.

Sejak pasca pilihanraya, rakyat secara berterusan menikmati kenaikan harga barangan dan keperluaan asas. Bukan sahaja barangan naik malah kejatuhan nila matawang ringgit telah membebankan lagi rakyat kerana ia memberi kesan kepada harga barangan Import. Rakyat sudah muak dengan helah dan pelbagai alasan yang diberi semata-mata untuk menghalalkan tindakan kerajaan. Semua dibakul sampahkan kerana sukar untuk dipercayai.

Bagaimanapula dengan Janji Penurunan harga kereta, Adakah Kerajaan Be End sudah terlupa atau buat-buat lupa. Adakah kerajaan memerlukan dua atau tiga tahun tempoh untuk melaksanakna janji ini sedangkan kenaikan harga petrol boleh dilaksanakan tak sampai setahun menang pilihanraya. Rakyat masih setia menanti janji manismu yang sebenarnya tak lah manis mana pun.

Sebelum ini Utusan dikecam hebat kerana  memanipulasi kononnya harga kereta sudah diturunkan namun ia hanyalah sandiwara semata-mata. Rakyat ternganga mendengarnya. Rakyat yang tidak berkereta seperti aku mungkin tidak ambil pot tentang isu ini. Tetapi bagaimana pula dengan rakyat yang suka membeli kereta.

Keadaan masih kabur dan mustahil harga kereta akan diturunkan kerana Kerajaan BN tidak mempunyai struktur perlaksanaan yang lengkap untuk menurunkan harga kereta berbeza dengan struktur yang dikemukakan oleh Rafizi Ramli. Inilah bahan nya bila BN menciplak manifesto PR tetapi gagal mengemukan satu struktur bagaimana harga hendak diturunkan.

Persidangan parlimen sebelum ini, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri terus mempertahankan yang harga di Malaysia masih rendah dan mengatakan duti eksais yang merupakan antara penyebab mengapa kereta menjadi mahal tidak perlu dihapuskan. Jawapan ini mensahihkan lagi dalil bahawa harga kereta pasti tidak diturunkan.

Ada satu cara untuk BN menurunkan harga bagi menunjukkan kepada rakyat yang kononnya manifesto itu bukan palsu. Caranya ialah mengurangkan kekemasan didalam kereta atau meminimumkan komponen. Ini secara tidak langsung mengurangkan mutu keunggulan kereta tersebut. Tidak mustahil kerana BN pernah melaksanakannya pada tahun 2007 kepada model Iswara dan dijual dengan harga RM 30 000.

Akhir kalam, Rakyat harus bersyukur dengan harga kereta yang ada kerana itu yang anda mahu. Jikalau anda tidak mahu mengapa anda mengundi mereka? Mungkin kenaikan harga minyak dan barangan merupakan hadiah yang paling istimewa untuk rakyat. Terimalah hadiah ini dengan ikhlas, usah dipertikaikan, tidak elok menolak pemberiaan seseorang.

No comments:

Post a Comment