Pages

Monday, 24 March 2014

Genius Boy From Sieera Lione

MIT finds 15-year-old scouring trash bins for parts. What he's built will leave you stunned. When MIT discovered Kelvin, he was living in utter poverty. But that didn't stop this engineering whiz kid from building something amazing. Let's look at this video, it will be giving inspire for u

Sunday, 16 March 2014

Misteri Kehilangan MH370

Kehilangan MH370 sudah masuk hari ke-9 dan kehilangannya terus menjadi misteri kepada semua pihak termasuk Raja Bomoh Nujum VIP 1 Malaysia. Hari ini terdapat pihak yang mengatakan kehilangan MH370 ada kaitan dengan Anwar Ibrahim, saya melihat ini satu tuduhan jahat kerana tiada asas atau teori kukuh yang dikemukakan. Malah jikalau dikaitakan dengan Najib Razak pun dikira tidak wajar melainkan adanya bukti-bukti serta teori kukuh. Daripada kita menuduh antara satu sama lain baik kita menimbulkan persoalan bagaimana Radar Tentera boleh mengesan MH370 menukar laluan dan kod Tango (rampasan pesawat) diaktifkan tetapi tiada tindakan diambil untuk memintas pesawat MH370. Saya tertarik persoalan yang ditimbulkan oleh Page Mejar Zaidi seorang juruterbang TUDM, kataya:

".....namun ramai tertanya2 kenapa TUDM tidak memintas pesawat MH370 pada hari kejadian. Malah yg lebih pelik lagi ialah kerana MH370 disahkan (oleh PM sendiri) telah dikesan radar tentera (TUDM) berpatah balik dari sempadan Malaysia-Vietnam, terbang melintasi tanah besar Semenanjung Malaysia dan keluar di sempadan Malaysia-thailand atau Malaysia-Indonesia di utara Selat Melaka, jadi masa MH370 berada di ruang udara Malaysia adalah lama, walaupun masa yg diambil tidak diberi tapi saya jangkakan melebihi 1 jam 30 minit. Jadi jika masa yg ada adalah banyak kenapa jet pejuang TUDM tidak di "scramble" kan untuk memintas MH370 sedangkan laluan MH370 adalah berdekatan dengan dua pangkalan udara TUDM yang utama iaitu TUDM Gong Kedak (Sukhoi SU-30) dan TUDM Butterworth (F/A-18D dan Hawk)? Jawapan kepada persoalan ini sebahagiannya terletak kepada jawapan Panglima TUDM apabila diajukan soalan ini oleh wartawan bahawa TUDM hanya akan menggerakkan pesawat pemintasnya terhadap sasaran yang "hostile" (menunjukkan ciri-ciri permusuhan) dan dalam keadaan ini MH370 tidak dikategorikan sebagai "hostile" (walaupun telah mematikan transponder, gagal berkomunikasi dengan menara kawalan dan keluar dari landasan perjalanan sepatutnya dan menuju balik ke tanah besar semenanjung)."
-suraupanjang-

Saturday, 15 March 2014

Kretiviti Penduduk Vietnam

Kretiviti Pelancongan Sungai Mekong Boleh Ditiru Di Sungai Terengganu

Pembangunan dan kejayaan sesebuah negara bukan sahaja bergantung kepada modal semula jadi seperti hasil hutan dan petroleum. Ia juga begantung kepada kretiviti penduduk dalam mengolah landskap semula jadi supaya menjadi satu industri pelancongan. 

Pelancong berpusu menyeberangi Sungai Mekong
Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang amat menguntungkan dalam membangunkan ekonomi rakyat serta negara. Contohnya seperti Vietnam dimana rakyat mereka tidak pernah kekeringan idea dalam menjana kretiviti. 

Mungkin salah satu sebab bagaimana otak mereka ligat berfikir kerana inflasi yang tinggi dan peluang pekerjaan yang kurang maka ini mewujudkan situasi 'mendesak' untuk keluar dari kepompong kemiskinan. Teori Keusahawan atau 'entrepreneurship' itu sendiri mengatakan bahawa ushawan itu wujud disesbakan dua faktor, yang pertama peluang yang disediakan dan yang kedua atas desakan hidup.

Vietnam sebuah negara berfahaman komunis yang dianggap tertutup dan kolot oleh negara berfahaman kapitalis dan sosialis. Tetapi apa yang jelas, rakyat negara itu kreatif dalam menggunakan bahan atau pun modal tempatan untuk menambahkan tabung ekonomi mereka.

Industri kecil sederhana (IKS) pembuatan makanan berasakan kelapa
Hal ini terbukti, misalnya macam mana mereka memanfaatkan Sungai Mekong sebagai daya tarikan pelancong dan sekaligus aktiviti pelancongan yang diusahakan bagi menambah ekonomi rakyat setempat. Sungai Mekong yang sepanjang 4,350 km yang melalui enam buah negara, Thailand, Cambodia, Laos, China, Myanmar, dan Vietnam merupakan sungai terpanjang di Asia Tenggara.

Sungai Mekong bukan saja memiliki 3,000 jenis khazanah di dasarnya yang boleh dimanfaatkan, tetapi ada ruang dan celah lain yang boleh dijadikan sumber pendapatan. Yang penting rakyat rajin dan mahu berfikir. Rakyat Vietnam benar-benar menggunakan kewujudan sungai Mekong untuk kepentingan hidup mereka. 

Pusat penghasilan madu di pulau Con Phung
Kita akan terpengun melihat kerajinan dan daya kreativiti rakyat Vietnam dalam memanfaatkan sungai berkenaan untuk menjana ekonomi mereka. Setiap sudut dan ruang yang ada di Sungai Mekong tidak dibazirkan oleh penduduk Vietnam. Kita juga akan teruja dengan daya kreativiti mereka.

Setiap hari kita boleh melihat ratusan pelancong sehingga boleh mencecah ribuan orang datang melawat dan menghayati keindahan alam serta kretiviti masyarakat disini. Bermula di jeti My Tho sebuah pekan kecil pinggir muara Sungai Mekong, pelancong akan dibawa dengan bot kayu menyeberangi sungai sehinggalah tiba ke pulau Con Phung.

Disini pelancong akan dibawa dari satu destinasi ke satu destinasi, bermula di 'cocunut candy workshop' dimana pelancong disajikan dengan pembuatan makanan daripada kelapa seperti coklat dan manisan. Selain itu pelbagai cenderamata yang diperbuat daripada kelapa turut dijual disini. Kemudian mereka dibawa ke pusat pembuatan madu lebah sambil disajikan dengan teh madu percuma. Sajian ini sebenarnya salah satu cara untuk memikat hati pelancong supaya membeli produk mereka. 

Dipulau ini juga terdapat sebuah pasar seperti pasar minggu yang menjual pelbagai produk yang dihasilkan melalui kretiviti mereka seperti kain, baju, beg tangan serta cenderamata. Kepada pelancong yang baru sampai disini tidak perlu kekok untuk menawarkan sehingga 70 peratus.

Pasar yang menjual pelbagai barangan beg, kain dan cenderamata
Disebalik pulau ini terdapat sebuah anak sungai kecil yang membelah sehingga menuju ke muara sungai Mekong. Kawasan yang dipenuhi pohon nipah ini dijadikan tempat mudik pelancong sehingga ke muara sungai sepanjang kira-kira 1 kilometer dimana disitu kita akan kembali ke bot kayu yang sedia menanti. Tidak pelik jikalau kita melihat wanita dan anak dara comel yang memudik perahu kecil tersebut kerana ia merupakan pekerjaan tetap meraka dalam meneruskan kehidupan.

Disini disediakan ratusan perahu kecil untuk membawa pelancong bagi menikmati keindahan alam hijau semula jadi. Pelancong yang terbiasa dengan kehidupan dalam kota batu akan terpegun sampai di sini. Pemandangan semula jadi di kiri kanan, di mana dipenuhi dengan pokok nipah semak samun lain serta pokok buah-buahan benar-benar meruja dan menyenangkan emosi.
Pelancong sedang menunggu kolek untuk dibawa menyusuri sungai yang dikelilingi pohon nipah
Ketika mana sepanjang menyusuri anak sungai ini, otak ini melayang alangkah indahnya jikalau idea ini dipraktikkan di Malaysia khususnya negeri Terengganu tercinta. Terenggau juga mempunyai permandangan yang baik terutamanya disekitar Sungai Terengganu dan ditambah pula dengan kretiviti yang masih ada dikalangan penduduk Terengganu. Kretiviti ini boleh diekspolatasikan dalam menarik pelancong ke negeri ini.

Walaupun di Sungai Terengganu sudah sedia ada bot atau cruise yang menyediakan perkhidmatan menyusuri sekitar muara sungai bermula di Pulau Wan Man namun saya melihat pelancong hanya dibawa menyusuri sahaja tanpa singgah ke destinasi-destinasi menarik. Mungkin sebuah cruise yang siap dengan restoran boleh diwujudkan untuk menyusuri sungai Terengganu
sungai ini dipenuhi kolek kecil seperti sebuah pesta
 Sebenarnya Terengganu tidak lekang daripada tempat-tempat menarik dan kretiviti rakyatnya seperti industri pembuatan bot kayu di pulau duyong, dan pembuatan kerepok lekor di Losong. Apa yang perlu ditambah disini ialah bot yang menyusuri sungai harus singgah ke destinasi tersebut untuk memberi peluang pelancong mendekati kretiviti rakyat disambing membeli barangan seperti keropok lekor. Dan tidak salah juga untuk bot itu singgah di Pasar Payang sekaligus membantu ekonomi peniaga disana. 

Kerajaan juga perlu menggalakkan rakyatnya supaya menjadikan diri sebagai usahawan disekitar sungai Terengganu bilamana produk pelancongan sungai ini benar-benar diaktifkan disamping menyediakan kemuadahan asas seperti jeti.
kesesakan yang memerlukan kemahiran mengayuh

Selain itu dalam mengelakkan terhapusnya industri Beca diTerengganu, Kerajaan seharusnya menjadikan beca sebagai satu produk perlancongan dimana disediakan satu kaunter kupon. dengan satu kupon contohnya berharga RM5, pelancong akan dibawa mengelilingi bandar Kuala Terengganu terutamanya sekitar dataran Syahbandar. Ia secara tidak langsung dapat membantu kembali mengangkat pengusaha beca yang semakin hari semakin suram hari ini.

Barang kali elok juga agensi pelancongan negeri berkunjung ke Vietnam dan mencuba menaiki kolek sungai Mekong dan anak sungai tersebut itu. kemudian berfikir macam mana untuk membawa balik aktiviti pelancongan itu ke sini. Rasanya daripada mengadakan kunjungan ke Eropah, Asia Tengah dan sebagainya, baik ke sungai Mekong sahaja. Ia juga dekat dan murah.




Sunday, 9 March 2014

Al-Fatihah Semoga Selamat

Walaupun kehilangan pesawat MH370 masih menimbulkan pelbagai misteri namun kita mendoakan yang terbaik untuk mereka.
 

Wednesday, 29 January 2014

Kuasa Politik ketiga atau 'Third Force Politics'

Dengan suasana politik yang tidak menentu hari ini, saya menjangkakan tidak mustahil kuasa politik ketiga atau 'Third Force Politics' akan muncul dan akan mengambil tempat sebagai penganti kepada parti politik sedia ada. Ini disebabkan rakyat terutamanya anak muda semakin hari semakin hilang keyakinan terhadap parti-parti politik samada dari Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

UMNO BN dengan masalah janji yang sering dicapati dan tidak mampu mengawal kenaikan kos hidup yang semakin melambung, menteri termasuk ayahnda PM juga asyik bercakap merapu seolah-olah Kambing lagi cerdik walaupun tiada akal. Pakatan Rakyat pula sering gagal dalam mencapai konsensus sesama sendiri ditambah pula dengan kemunculan geng atau chai dalam parti masing-masing yang sentiasa membawa pemikiran yang tidak selari dengan kehendak pemimpin atasan.

Kemunculan kuasa politik ketiga bukanlah perkara asing kerana ia pernah berlaku dalam kerangka politik yang matang dan maju seperti Amerika Syarikat dan England (Parti Liberal Demokrat). Malah Parti Thai Rak Thai adalah salah satu contoh kuasa ketiga di Thailand sehingga memenagi pilihanraya ketika era Thaksin Shinawatra. Ini semua hanya mampu berlaku dengan gerak kerja politik yang bersungguh selama beberapa tahun, seperti yang dihuraikan di dalam buku - Third Force Politics: Liberal Democrats at the Grassroots.
-suraupanjang-